Sms untuk bonda tersayang
Ibuku,
Engkau umpama sebutir batu bernilaiku,
Yangku genggam erat ditangkai hatiku
Tidak sanggup ku berpisah walau seinci Cuma,
Kilau pandanganmu tak tertanding oleh batu permata mewah duniawi
Teguh zatmu biar dipukul kejerihan
Tak mudah pecah biar ditimpa resah
Tidak terbayar hargamu biar dengan seluruh isi bumi
Kau tidak perlu diukir indah untuk menawan kalbuku
Begitulah uniknya kau tercipta untukku
Anugerah dari pereka Agung
Untuk ibu mertua

Buat pertama kalinya hingga kini
Hangat terasa doamu
Mengiringi kebahagiaan kami suami isteri dan anak anak
Tanpa jemu kau sajikan kami rempah ratus kebahagiaan
kau intikan kami halwa dari buah kemesraan
buat mewarnai perjalanan kami
syukur ku panjatkan kepada ILLAHI
kerana tetapkan dirimu untukku
tak lupa juga doa kebahagian buat bonda sakinah
moga moga sentiasa mekar rahmah wa mawaddah kita seisi keluarga
selamat hari ibu buat ketiga tiga bondaku

semoga dipangjangkan umur, dilebarkan rezeki, dan dilimpahi kebahagiaan serta
ketenangan..muah muah..love u
untuk ibu ibu diluar sana
kalian ibarat bintang bersinar
menyinari alam maya
dengan putera puteri bangsa
pemuda pemudi tiang agama
moga usaha murni
mendewasakan anak anak soleh
diberkati Allah
amiiin…
selamat hari ibu buat semua!!