31 December, 2016 0 people ''rote''

Menguak Jendela 2017

Tahun baru , bertambahlah angka pada umurku, namun di sisi-Mu umurku semakin berkurangan. Bagaimana aku bisa gembira? Bagaimana nak meraikan? 

Bukankah Kehidupan itu hanyalah kematian. Kehidupan sebenar adalah selepas kematian. Patutnya aku gembira kerana aku semakin menghampiri kehidupan abadi. Namun Sejauh mana aku persiapkan  diri untuk keabadian yang merehatkan?

Bukankah Umur dunia ialah modal, umur akhirat ialah tuaian ? Namun Bagaimanakah perniagaan ku? Bisakah meraih keuntungan?

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal shaleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.-demikian ungkapan Kalimah-Mu dalam kitab agung kami.

Ya amal soleh. Amal soleh . Amal soleh yang berkualiti. Amal soleh yang bisa memadamkan dosa yang lalu. amal soleh yang melipatgandakan modal kami.

Lalu mengapa aku tidak gembira dgn kehidupan? Kerana umur kehidupan ialah modalku. Habis modalku , putuslah harapan ku untuk berniaga dan mencari keuntungan

Duhai Tuhanku Ar-Rahman,  telah Kau beriku tempoh pada hari yang baru ini, memperpanjang usiaku dan memberi nikmat.”

Tiada kata dapat ku ungkapkan melainkan Alhmadulillah ..Alhamdulillah , terima kasih Allah kerana berikanku kesihatan dan kesempatan untuk berurus niaga lagi.  

Justeru , tiada sambutan umur kehidupan selain struggle menjadi a better IBADURRAHMAN. 

inilah patutnya menjadi goal kehidupanku. Allah Al- Musta'an . Allah Al- Musta'an 


bak kata pujangga islam ( kiila ibnu mas'ud-Allahu a'lam) ; “Tiada hari yang lebih aku sesali selain hari ketika matahari terbenam hari itu umurku berkurang sedangkan amalku tidak bertambah”- Demikian aku rasakan.

Berilah aku hidayah dan inayah untuk amal yg meraih reda dan keampunan  seterusnya keuntungan.  Jika kematian harus menjengah maka matikanku aku dalam  keampunan,  kekayaan,  dan husnul khatimah hingga perolehanku bisa membeli redha dan syurgamu

- hamba- Mu 

Selamat menjalani umur 2017 . moga masa yang berlalu diampuni, masa akan datang diberkahi Allah
Image result for kata-kata kehidupan penuh makna

30 May, 2016 0 people ''rote''

Apakah kita mendirikan solat atau sekadar mengerjakan solat?

 Pada ayat perintah solat Allah guna kalimah   yang mana root wordnya  قام ( berdiri)

 إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي - thoha: 14

di mana ianya berbeza sekali maknanya dengan mengerjakan , berbuat, beramal.

 اقيم   : dirikan ( memerlukan usaha pembangunan dari tiada kepada ada)
Tak sama maksudnya dengan اعمل dan   افعل
اعمل

walaupun melayu terjemahkan kedua- duanya sebagai ''buatlah'' atau ''kerjakanlah , namun اعمل bermaksud perbuatan yang membawa makna ''sentiasa buat'' ( kelaziman atau dilazimkan). Berbeza sekali dengan افعل di mana bermaksud perbuatan yang tidak semestinya berterusan

penekanannya di sini ialah kalimah   اقيم itu sendiri sudah memaknai sesuatu. Tuhanku Allah SWT senantiasa tepat memilih kalimah sesuai dengan apa yang dikehendakinya . Rupanya Allah perintahkan kita mendirikan solat bukan hanya mengerjakan solat.

  Saya membuat sedikit renungan seputar syariat solat , ternyata solat hadiah agung  dari Tuhanku untuk ku manusiawi. Di dalamnya berdiri falsafah- falsafah kehidupan, ketenagan, keinsafan, keringanan, kerinduan dan kelembutan Tuhanku. Di dalamnya terhimpun serumpun akidah dan peringatan serta akuan tetang tanggujawabnya sebagai seorang muslim. Mendirikan solat menuntut seseorang itu melaksanakan apa yg dia ucapkan dan apa yang dia ikrarkan di hatinya.

Lalu mengerjakan solat dan mendirikannya adalah dua perkara yang berbeza. org yang solat tetapi tidak mengamalkan tatasusila seorang muslim dalam setiap langkah aktivitinya di luar solat maka ia hanya mengrjakan solat tetapi tidak mendirikan solatnya.  justeru itulah yang menjurus  solat seseoarng itu tidak berfungsi. pernah dengar soalan mengapa seseorang itu berbuat fahsyak sedang ia seoarang yang solat? jawapannya menurut saya ialah kerana solat itu tidak didirikan tetapi sekadar dikerjakan.

maka make sense lah kan kini firman Allah swt yg mengaitkan sesuatu capaian itu dengan solat seseoarng sebagai contoh:
   

إِنَّ الْإِنْسَانَ خُلِقَ هَلُوعاً * إِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ جَزُوعاً * وَإِذَا مَسَّهُ الْخَيْرُ مَنُوعاً * إِلَّا الْمُصَلِّينَ
Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut),Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah;Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut;Kecuali orang-orang yang  sembahyang (al ma'arij: 19-22)

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ {1} الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ - (al-Mu'minun:1-2)
berjayalah orang-orang mu'min yang mana dalam solat mereka, mereka khusu'


jelaslah solat menuntut didirikan bukan sekadar dikerjakan . bagaimana? iaitu dengan kita berusaha mengamalkan dan menunaikan hak hak ucapan ucapan solat kita di luar solat. tetapi bagaimana bisa ditunaikan hak ucapan kalau ucapan itu didak difahami makna dan maqaasidnya?aaa itulah  Sebab  dalam aspek tasawwuf atau  pembangunan hati, syarat penting solat ialah faham dan khusuk. jadi kena usaha faham apa yg dikumat kamitkan selama ini.

wallahu'alam
mudah mudahan kita direzekikan kefahaman dan direzekikan solat yg bisa didirikan


0 people ''rote''

Yang mula dan yang kemudian

      Dalam usaha menyusun perjalananku kembali kepada Allah , aku terlebih dahulu berusaha mengenali Tuhankku melalui Asma'u Hu Al- Husna dengan mengulang pandang kejadian dan fenomena isi bumi dan langit kerana di sanalah aku difahamkan bermulanya agama ( Awaluddin Ma'rifatullah). Telah nyata sesudah itu bagiku Anta Al- Rahman ya Rabbi. Sebagaiamana RasulMu pernah ucapkan bahwa Tidak terucap pujian kepadaMu sebagaimana Engkau memuji diriMu sendiri, demikianlah tiada kata-kata yg dapat ku ungkapkan untuk mewakili rasa syukurku.  Sungguh nikmat mengenalimu Tuhan. Betapa aku telah salah sangka terhadap sunnahNya. Semoga Dia mengampuniku

      Kemudian aku berpindah kepada Rukun islam, masyallah memandang Rukun Islam dengan kaca mata yg telah mengenaliNya ternyata berbeza berbanding saat aku meneliti Rukun itu sedang ketika itu aku tidak mengenaliNya. Benarlah awaluddin itu ma'rifatullah. Awal agama itu ialah mengenali Allah. Alhamdulillah atas kesudianNya menyingkapkan rahsia untukku.

      Syahadah , solat , puasa, zakat , haji merupakan rukun Islam. Tetapi sebagai seorang Muslim tidakkah didapati amalan seorang Islam lebih banyak sebenarnya dari lima perkara itu?

      Alhamdulillah terjawab sudah bilamana Allah izinkan daku mengerti kalimah ''rukun'' itu sendiri. Bilamana yang lima itu  adalah " rukun " maka ianya hanyalah umpama  frame kepada sebuah rumah bukan rumah itu sendiri.  Jikalah hendak membina sebuah rumah hakikatnya tidak cukup hanya framenya. Namun frame itu sangat penting . Dan solat itu ialah tiang serinya. puasa itu ibarat paku paku dan zakat itu ibarat dinding dan ruang udara , sementara qadar itu ibarat 'plan rumah, qada' itu pula hasil pembinaan.  Dan tidaklah mantap sebuah rumah itu kalau tapak asas rumahnya tidak mantap. Asas yang tidak mantap , semakin tinggi binaan itu didirikan semakin cepat ia collapse



          Apabila rukun- rukun telah ditegakkan haanya sesudah itu Allah perintahkan menghiasinya : jubin, lampu chandilier, ukiran, cat dan kemasan yang dikenali sebagai 'ihsan' dalam agama.  Dan termasuk org yg muhsinun itu ialah muslim mu'min yang bertaqwa.

           Memang aneh bilamana seseoarng muslim itu berusaha menghiasi rumahnya dengan lampu chandilier , dan kemasan mewah kemudian mendakwanya sebagai taqwa' apabila rumahnya hanyalah
bertiangkan tiang yang hampir roboh, dindingnya di makan anai2 tidak berpaku, asas rumahnya pula tenggelam di makan tanah,ukuran- ukurannya dari satu tiang ke satu tiang tidak juga seimbang.

          Demikian itu berkali- kali ku ingat pada diri , dan ku cuba sampaikan pada rakan seperjuangan bahawa menegakkan agama dalam diri dan masyarakat itu  perlu ada sistem, perlu berencana sepertinya ingin menanam sepohon pokok atau membina sebuah rumah, hendaklah bermula dengan apa yang patut dimulai, mendahulukan apa yang patut didahulukan dan mengemudiankan apa yang patut dikemudiankan. Bukan main terjah bahkan lebih merugikan bila belajar disitu sikit kemudian lompat belajar ini pula  , sikit sana sikit sini, Tidak hadam satu persatu.
maka tidak pelik berlaku kecelaruan dan kesamaran.

        Sungguh nabi Saw diutus pertama-tamanya ialah menegakkan tauhid untuk 23 tahun barulah syariat- syariat yg lain menyusul , itupun bukan secara serentak. Maka demikianlah seharusnya cara muslim itu berpijak dan melangkah . sebagaimana kata yusuf Qardawi dalam tulisannya '' adalah satu kezaliman mendahulukan sesuatu yang patut dikemudiankan dan mengemudiankan sesuatu yang patut didahulukan .ibnu khaldun pernah menegur institusi pendidikan dimana gurunya suka berpindah tajuk pelajaran sebelum pelajaran yang terdahulu difahami dimana merupakan satu kelemahan.

      Seoang guru itu boleh jadi murabbi (pendidik), mu'az (pemberi ingat bg yg lupa), dan ada pula dikenali sebagai qushass . setiap satunya berbeza pendekatan. Demikian halnya dengan buku. maka pilihlah perbahasan, kelas, guru, dan buku sesuai dengan kualiti rumah masing- masing yang dikenali melalui jalan muhasabah.



29 May, 2016 0 people ''rote''

Memaknai 2.5 % dalam kehidupan

   
       Pernah kucatatkan bahawa setiap rukun rukun islam dapat kita ambil ibrah untuk membina perinsip- perinsip hidup seimbang  di sini
http://snackbuathati.blogspot.my/2016/05/darinya-mendasari-cabang-cabang.html

Allahu'lam

Jadi dalam perintah zakat,  bila mana makcik Zanariyah yang merupakan salah seorang naqibah saya,  berkata , "Allah telah beri banyak nikmat kepada kita yg tidak terhitung ,tetapi Allah hanya minta 2.5 % saja dari harta kita( zakat)."

 kata makcik , "terlintas dalam hatinya untuk melihat nikmat masa, kesihatan , ilmu dsb nya handaklah juga dia infakkan paling kurang 2.5 %   untuk saudaranya " . Saya langsung tidak dapat untuk tidak bersetuju akan pandangan itu ( selain ianya berfungsi untuk "purification").

        Sebelum ini saya sering dibebani dgn soalan bagaiamana untuk imbangi kehidupan personal dgn sumbangan kepada masyarakat .. Anak anak kita dengan anak- anak org.. Keluarga kita dengan keluarga orang.. Diri kita dgn org lain . Sekarang saya rasa saya telah menemui sifirnya -(2.5%)

Semalam , semasa dalam perjalanan ambik anak dari sekolah, saya terlelap ketika memandu, dimana saya dikejutkan oleh hon penunggang motosikal buatkan saya perlu revise  balik allocation masa saya antara diri, anak anak, keluarga, mak ayah , adik adik, kawan kawan mengikut sifir di atas Allahu'alam.Barakallahu fiiha


Boleh jadi saya mengubah sifir ini pada masa akan datang jika datang ilmu yang mengubahnya. setakat ini, ia boleh saya pegang . sekurang- kurangya ia ada juga sandarannya drp tidak ada langsung.

       Demikianlah syariat Allah itu bukanlah hanya suatu ritual melainkan ia suatu nikmat hidup.

       Dua tiga hari lagi kita semua akan menyambut Ramadhan sekiranya Allah masih sudi rezekikan kita mengecapinya.(semoga Allah sampaikan kita kepadanya). Masyallah dua tiga hari lagi..Sejauh mana kita faham dan kenalinya? Bagaimana sepatutnya syariat puasa itu mempengaruhi  kehidupan kita  di luar bulan Ramadhan? Di luar ibadah puasa? Bagaimana Ramadhan itu sendiri bisa menjadikan kita seseorang ? seorang hamba ? seorang musafir? bagaimana kedua- duanya memberi pengaruh kpd perjalanan kita kembali kepada Allah? Terhadap structure hidup dan jatidiri muslim?


saya tidak berniat untuk membahaskan persoalan puasa dan ramadhan di sini. Saya percaya masing- masing sudah ditimbuni maklumat dalam laman- laman sosial yang diikuti atau disertai . Apa yg saya harapkan mudah- mudahan kita masing-- masing menemui hakikat diri kita, menemui kembali apa yg hilang, menemui jalan untuk terus berlari kepada Tuhannya, menemui perinsip- perinsip beharga buat bekal perjalanan seterusnya.target Ramadhan kali ini , saya nak cuba manfaatkan baki 97.5% waktu seharian sebaik baiknya. Ramadhan kareem buat semua
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
;