Facebooking,
twitter dan pelbagai laman social tumbuh
bagaikan cendawan kerana sambutannya yang luar biasa. Pelbagai support group
kini sedia ada dihujung jari. Semua ini
bukanlah perkara baru bahkan ia hanyalah revolusi medium komunikasi. Sambutan kepada
teknologi komuikasi ini dan tumbuhnya pelbagai support group adalah refleksi kepada fitrah manusia
yang pelukan jamaah yakni hidup berkomunit sebagai medium saling memberi dan menerima
dokongan emosi dan praktikal serta perkongsian maklumat dan kemahiran ..saling
melengkapi demi menguatkan langkah
menyusuri suka duka hidup.
fitrah
ini turut dikongsi semua manusia di mana orang putih sebut ‘’’need of teamwork’’. Teamwork diakui secara universal akan
memeberikan extra energy dan resources menyebabkan kelemahan seseorang individu bisa ditutp dan meningkatkan potensi dirinya
mencapai hasrat kehidupan, bahkan “teamwork” dilihat syarat penting dalam
mencapai victory dalam sesuatu matlamat.
Islam adalah
agama fitrah sudah tentunya turut meraikan fitrah insani ini bahkan berjemaah bukan sekadar saranan
tetapi suatu kewajipan pula.
Firman Allah
dalam surah al saff ayat 4; “
sesungguuhnya Allah mengasihi mereka yang berjuang di jalan-Nya dalam satu barisan yang tersusun
rapi, seolah- olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh’’
Dan dalam
sebuah hadis riwayat imam Ahmad ; “ sesungguhnya syaitan itu serigala kepada
manusia seperti serigala kepada kambing yang menangkap mana- mana kambing yang
jauh dan terpencil. Maka janganlah kamu memencilkan diri dan hendaklah
berjamaah, mencampuri orang ramai dan menghadiri masjid’’
Tirmizi,
nasaie dan ibnu hibban turut meriwayatkan akan hadis nabi bermaksud; barangsiapa
yang memisahkan dirinya dari jamaah walau sejengkal, sesungguhnya ia telah
menanggalkan islam dari lehernya, sekalipun ia solat, berpuasa dan menyangka dia muslim’’
tiga ayat diatas sudah cukup untuk menggambarkan
islam sendiri melihat pentingnya hidup berjamaah dan tahu benar bahwa manusia
itu akan lemah bila bersendirian. Dan Allah
telah menggambarkan satu ciri penting berjamaah iaitu tanzim (teamwork).
Sayangya,
fitrah teamwork ( berjemaah) yang dipelopori islam pada lebih 1400 tahun yang lalu ketika orang tidak kenal lagi erti pengurusan, kini menjadi fitrah
orang orang kafir dalam usaha menghancurkan islam dan menguatkan tapak
kaki mereka di muka bumi ini, sedang ummat islam kini memandang fitrah
berjemaah ini dengan pandangan yang sepi dan dagang. Tidak hairanlah individu muslim sangat lemah dan
tampaklah islam itu lemah. Barangkali inilah sebabnya Allah berfirman bahawa ''barangsiapa yang
memmishakn dirinya dari jamaah walau sejengkal, sesungguhnya ia menanggalkan
islam dari lehernya…''dalam hadis diriwyatkan tirmizi, nasaie dan ibnu hibban
sebelum ini.
Jomlah sahabat muslimku, kita hidupkan semula kehidupan
berjemaah dan berusrah ( support group)
Kebuntuhan
kepada jamaah dan support group begitu ketara dalam zaman kita ini yang sentiasa
berlumba dengan masa untuk memenuhi keperluan fisiology dan
psychology yang kian kompleks. Tekanan dan
bebanan amat terasa, maka carilah support group anda agar kehidupan yang serba sesak
ini tidak melalaikan kita akan perjuangan hidup utama kita iaitu menyempurnakan diri sebagai hamba Allah
Jamaah dalam
islam tidak semestinya wajib ada label islam. Mana- mana jamaah yang bertanzim
yakni bermanhaj, yang berharakah bersumberkan quran dan sunnah adalah jamaah
islam. adakala jamaah yang gah dengan nama islamnya tetapi tiada roh islam
dalam perlakasanaannya. Justeru jangan
pandang pada nama, pandanglah pada manhaj dan sifat amalan
beragamanya.
Support group seperti mom support group dan seumpamanya, adalah
merupakan ''usrah'' pelengkap jamaah. mana- mana support group (usrah) sekiranya destinasi hati
dan amali ahlinya adalah untuk mencari redha Allah maka ianya di bawah maksud jamaah islam.
Allahu a'lam
salam lambaian buat antum
ummu nu'man