Pejam celik pejam celik, anak sulungku sudah pun berusia lima tahun. Sudah hampir melewati usia emasnya
Usia emas yang ibu maksudkan di sini ialah your precious early five years darling!.
Kajian telah menunjukkan bahawa Allah telah membekalkan anak anak kecil ,sel-sel yang bersedia untuk belajar dan berfungsi. Sel- sel ini duduk bersendirian, tidak menyentuh antara satu sama lain pada mulanya sehingga ia dirangsang melaui penglihatan, pendengaran, sentuhan dan rasa. Rangsangan ini akan mencetuskan proses ‘wiring’ menyambung sel sel kepada sel sel yang lain yang dipanggil synapse. setiap kali sel sel bersambung proses belajar dan berkembang pun bermula. Semakin banyak rangsangan yang akal terima semakin banyak synaps berlaku . semakin banyak synaps berlaku, keupayaan akal untuk belajar dan memahami persekitarannya pun semakin meningkat. peroses ini berlaku sejak dirimu di alam Rahim lagi dan akan berterusan sepanjang hayatmu.
Bagaimanapun manusia itu belajar paling cepat pada usia lima tahun pertamanya. Disaat –saat ‘brain’ sibuk dan aktif menyempurnakan senibinanya dan memaksimakan keupayaan dirinya. Pada saat ini Allah menjadikannya ia iaitu akal makhluk yang sangat sensitive dan daya ingin tahu yang kuat, serta kebolehan meniru yang hebat. Pada saat ini Allah mengizinkan akal mampu menyerap maklumat seumpama 'sponge' ,tiada apapun yang boleh menghalangnya. Allah mengizinkan dia bijak mengaitkan ‘couse and effect’ yang berlaku di sekitarnya.. menjadikan dia makhluk yang mahir dalam bahasa. Dia mampu memahami bahasa nativenya dengan cepat sehingga dia mampu bertutur hanya dalam masa dua tahun dan pula mampu menguasai dua tiga bahasa dalam satu masa. kami orang dewasa, setelah belajar secara formal bertahun tahun pun belum tentu dapat menguasai satu bahasa asing. itu hanyalah gambaran kecil akan keistimewaan akalmu di usia emas ( lima tahun pertama). akal muda ini masih ada beribu- ribu potensi yang menanti untuk disuburkan.
Keupayaan akal akan kurang efektif apabila usia semakin meningkat. Selepas lima tahun, peroses kematangan pula yang akan mengambil tempat. Seandainya zaman kecilmu tidak banyak pendedahan dan rangsangan, nescaya kamu akan menjadi orang dewasa yang singkat kematangannya, yang terhad kebolehannya..berbanding dengan anak anak yang kaya pengalaman, kaya pendedahan. Begitulah menurut kajian.
Namun perlu diperhatikan juga, pendedahan apakah yang telah ibu beri kepada jiwa yang satahun jagung ini.. kerana kajian juga menemukan bahawa pembelajaran atau pengalaman masa kecil seseorang memberi impact secara langsung kepada perkembangan emosinya, intelektualnya, dan socialnya. Perkembanagn ini pula akan mempengaruhi kesihatannya, kebahagiaannya, intelektualnya dan sosialnya dengan family, rakan- rakan dan komunitinya serta seluruh kehidupannya di masa depannya. Ini tidak pelik apabila rangsangan disekitar menjadi asas kepada pembinaan dan perkembangan akal seseorang. Sekiranya dia merasakan dia tidak berkemahiran, dia sentiasa ketinggalan, dia sering dipinggirkan, direndah-rendahkan maka tidak hairan dia menjadi manusia yang rendah diri, manusia yang tidak bahagia. Sekiranya sejak kecil lagi dia tidak pernah mendengar perkataan ‘no'; apa yang diingini semuanya dapat, maka dia tidak akan belajar erti ‘frustration’ dan cenderung mebunuh diri pada hayatnya akan datang kiranya didatangi kekecewaan. apabila dia diajar menyelesaikan masalah dengan kekerasan begitulah cara dia meyelesaikan masalahnya di masa depannya.
justeru educationist mencadangkan lima tahun pertama anak-anak merupakan waktu yang terbaik untuk menyuburkan potensi kanak- kanak dalam semua aspek perkembangan , membantu anak- anak menguasai kemahiran asas alam persekolahan, memupuk sikap -sikap dan pemikiran positif dalam diri anak anak. sekiranya lima tahu pertama ini diperhatikan , insyaAllah tahun- tahun seterusnya menjadi mudah; banyak waktu dan tenaga dapat dijimatkan.
Tiada sebab untuk ibu tidak percaya akan research ini anakku. Bahkan penemuan ini mengukuhkan lagi keyakinan ibu terhadap Allah dan kebenaran kalamnya. Penemuan ini bukan asing buat ibu kerana quran dan hadis juga telah mementingkan pendidikan sejak dari usia muda. bahkan pendikan dalam islam bermula dari mencari tempat yang baik untuk menanam benihmu. . ya! Al quran tidak menceritakan secara detail mengapa pendidikan perlu seawal itu, tetapi quran selalu menganjurka kita supaya tadabbur, fikir, kaji dan belajar.. sesungguhya engkau akan dapati kebenaran alquran. jadi dapatan dari kajian ini, walaupun ia tidak boleh dijadikan alasan mutlak ke atas syariat yang ditentukan Allah, tetapi sekurangnya buat akal kita bertemu logicnya..memudahkan lagi ketaatan iaitu mendidik anak sejak dari usia dini. detail dari kajian ini juga tidak mungkin meberikan gambaran yang complete akan hakikat ciptaan Allah (akal dan pengaruh usia) , tetapi sekurang- kurangya ia memberi jalan ikhtiar buat ibu dalam usaha ibu mendewasakan mu sebagai anak soleh dan khalifah berkebolehan.
Terima kasih kepada chelong (kakak ipar) yang telah meminjamkan sebuah buku ''how to multiple your baby inteligent’ ketika ibu baru beberapa minggu mengandungkan mu. Ia membuka pintu praktikal ibu dalam melangkah kaki mendidikmu selepas ibu khatamkan buku 'pendidikan anak- anak dalam islam' karangan Abdullah Nasih Ulwan.
apabila Abdullah Nasih Ulwan membicarakan soal 'pendidikan melalui kelaziman' pada anak anak kecil yang belum mengerti, ibu telah sempitkan saranan itu pada pembinaan karekter ( peribadi) semata2 , tetapi setelah buku 'how to multiple your baby inteligent' ibu tela'ah, pemahaman ibu terhadap proses melazimkan anak- anak diluaskan kepada pembinaan budaya, intelektual, emosi dan sosial anak.
apabila Abdullah Nasih Ulwan membicarakan soal 'pendidikan melalui kelaziman' pada anak anak kecil yang belum mengerti, ibu telah sempitkan saranan itu pada pembinaan karekter ( peribadi) semata2 , tetapi setelah buku 'how to multiple your baby inteligent' ibu tela'ah, pemahaman ibu terhadap proses melazimkan anak- anak diluaskan kepada pembinaan budaya, intelektual, emosi dan sosial anak.
kini lima tahun berlalu, sejauh manakah ibu telah manfaatkan pengetahuan tersebut dalam merencanakan masa depanmu? sejauhmanakah pencapaian ibu mempersiapkan dirimu menjadi hamba yang cemerlang lagi dicintai Allah? untuk mengukur sebuah pencapaian terlebih dahulu ibu kena lihat balik apa yang ibu plan utuk capai dalam usia emasmu ini. malangnya ibu tidak dapat melakukan itu pada hari ini kerana ada urusan ibu perlu siapkan terlebih dahulu. insyallah ibu akan ' list down' kan perencanaan ibu buatmu dan sejauh mana telah ibu usahakan .. insyaAllah dalam next post ya!
0 people ''rote'':
Post a Comment