13 July, 2012 0 people ''rote''

Melarik Mimpi Mengukir Realiti

sambungan post yang lalu..

bismillahirrahmanirrahim

anak- anakku,

besar harapan ibu dan ayah untuk melihat kalian membesar di bawah bayangan al quran, melihat kalian bertatih menyelusuri hidupmu dengan menyunnahi Rasulullah.


ibu percaya impian ini dikongsi pembaca di luar sana. betul tak duhai tetamuku?

ibu tidak pasti akan jalan- jalan mereka lalui dalam usaha merealisasikan impian besar ini. ibu mengharapkan perkongsian, ibu mengharapkan sokongan agar langkah yang di atur nantinya adalah langkah yang kemas

apa yang ibu nampak dari jalan- jalan menghasilkan buah adalah dari akarnya, maka berazamlah ibu

1. mahu dekatkan hati kalian dengan Alquran dan hadis agar kalian mendapat intipati islam darinya dan       menjadikannya al- deen yakni cara hidup kalian

2. ibu mahu kalian membudayakan sikap sukakan ilmu kerana mengerti asas ibadah itu adalah faham bukan taqlid , jua kerana memahami tamadun dan kepimpinan itu hanya melalui ilmu. kita, muslim dijanjikan Allah sebagai bangsa bertamadun dan merupakan ulil amri tetapi kita menjadi bangsa tercorok kerana kita telah mengabaikan ilmu ; salah satu tunjang kekuatan muslim. Kita mudah keliru kerana memiliki kefahaman islam yang samar menjadikan kita manusia seumpama lembu dicucuk hidungnya.

3. ibu mahu anak- anak ibu belajar memperhalusi akalnya, agar tidak terjerumus dalam golongan syadid (melampau lampau) menyempitkan syariat atau golongan yang meluaskan syariat seluas luasnya tetapi tetaplah dalam golongan washotiah.

4. ibu impikan anak- anak ibu seperti empat imam besar ( Ahmad bin Hambal, Muhamad bin Idris, Nukman bin Tsabit dan Malik bin Annas) yang bebas dan tidak terikat dengan sesiapa dan tidak pula berasa terhutang budi kepada sesiapa (pemimpin). mereka berfikir, berperibadi, bertindak mengikut apa yang mereka faham dan yakini dari intipati quran dan hadis bukan kerana 'social pressure' atau 'public acception.'


5.. ibu impikan kalian bukan hanya seorang a'bid tetapi seorang a'lim yang bermanfaat yakni seorang muslim lagi mukmin yang bermanfaat untuk agama dan saudaranya. justeru ibu tidak mahu anak- anak ibu  meninggalkan dunianya dan mengejar agamanya semata , tidak pula melebihkan dunianya dari agamanya lagipula demikian itu perintah agamamu agar menyeimbangi dunia dan akhirat. justeru ibu impikan anak- anak ibu bukan sahaja fakih dalam agamanya (fardu ain) tetapi juga fakih dengan kemahiran- kemahiran kifayahnya.

4. ibu inginkan anak- anak ibu bukan sahaja sihat fizikalnya tetapi juga spiritualnya. justeru ibu akan berusaha menyuapi kalian dengan makanan yang baik lagi halal. ibu akan teguhkan keimananmu sebagai makanan jiwamu kerana hanya keimanan yang kental sesorang itu bisa memiliki jati diri yang kental; berani kerana benar, tidak malu melainkan pada tempatnya, tidak mudah lemah dan tenggelam dikala teruji dan seumpamanya dari sifat sifat positif.

demikianlah cita cita ibu dan ayah terhadap kalian hinggakan ayahmu menyarankan ibu supaya tidak bekerja dan menumpukan perhatian sepenuhnya pada anak- anak dan hal ehwal berkaitan dengan kalian. sememangnya berada disamping kalian sepanjang masa merupakan cita- cita ibu. 

bila ibu dapati usia lima tahun pertama merupakan tempoh terbaik untuk menyuburkan potensi kanak- kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan ke alam pengajian, mengapa tidak ibu ambil kesempatan ini dalam mempersiapkan dirimu. 

semua aspek- aspek pendidikan dalam islam akan ibu sentuh seawal usia pra sekolahmu. aspek-aspek pendidikan tersebut adalah;

1. pendidikan keimanan  ( akidah)
2. pendidikan akhlak (moral)
3. pendidikan jasmani ( fizikal)
4. pendidikan (intelektual)
5. pendidikan rohani  ( Psychology)
6. pendidikan sosial
7. pendikan seksual

insyaAllah ibu akan cuba kongsikan praktiknya nanti
01 July, 2012 0 people ''rote''

Usia Emas kanak- kanak



Pejam celik pejam celik,  anak sulungku sudah pun berusia lima tahun. Sudah hampir melewati usia emasnya

Usia emas yang ibu maksudkan di sini ialah your precious early five years darling!.

Kajian telah menunjukkan bahawa Allah telah membekalkan anak anak kecil ,sel-sel yang bersedia untuk belajar dan berfungsi.   Sel- sel ini duduk bersendirian, tidak menyentuh antara satu sama lain pada mulanya sehingga ia dirangsang melaui penglihatan, pendengaran, sentuhan dan rasa. Rangsangan  ini akan mencetuskan proses ‘wiring’  menyambung sel sel kepada sel sel yang lain  yang dipanggil synapse. setiap kali sel sel bersambung proses belajar dan berkembang pun  bermula.  Semakin banyak rangsangan yang akal terima semakin banyak synaps berlaku . semakin banyak synaps berlaku,  keupayaan akal untuk belajar dan memahami persekitarannya pun semakin meningkat. peroses ini berlaku sejak dirimu di alam Rahim lagi  dan akan  berterusan sepanjang hayatmu.

Bagaimanapun manusia itu belajar paling cepat pada usia lima tahun pertamanya. Disaat –saat ‘brain’ sibuk dan aktif menyempurnakan senibinanya dan memaksimakan keupayaan dirinya.  Pada saat ini Allah menjadikannya ia  iaitu akal makhluk yang sangat sensitive dan daya ingin tahu yang kuat, serta kebolehan meniru yang hebat. Pada saat ini Allah mengizinkan akal mampu menyerap maklumat seumpama 'sponge' ,tiada apapun yang boleh menghalangnya. Allah mengizinkan dia bijak mengaitkan ‘couse and effect’ yang berlaku di sekitarnya.. menjadikan dia makhluk yang mahir dalam bahasa.  Dia mampu memahami bahasa nativenya dengan cepat sehingga dia  mampu bertutur hanya dalam masa dua tahun dan pula mampu menguasai dua tiga bahasa dalam satu masa. kami orang dewasa, setelah belajar secara formal  bertahun tahun pun belum tentu dapat menguasai satu bahasa asing. itu hanyalah gambaran kecil akan keistimewaan akalmu di usia emas ( lima tahun pertama). akal muda ini masih ada beribu- ribu potensi yang menanti untuk disuburkan. 

Keupayaan akal akan kurang efektif apabila usia semakin meningkat. Selepas lima tahun, peroses kematangan pula yang akan mengambil tempat. Seandainya zaman kecilmu tidak banyak pendedahan dan rangsangan, nescaya kamu akan menjadi orang dewasa yang singkat kematangannya, yang terhad kebolehannya..berbanding dengan anak anak yang kaya pengalaman, kaya pendedahan. Begitulah menurut kajian.

Namun perlu diperhatikan juga, pendedahan apakah yang telah ibu beri kepada jiwa yang satahun jagung ini.. kerana kajian juga menemukan bahawa pembelajaran atau pengalaman masa kecil seseorang memberi impact secara langsung kepada perkembangan emosinya, intelektualnya, dan socialnya. Perkembanagn ini pula akan mempengaruhi kesihatannya, kebahagiaannya, intelektualnya dan sosialnya dengan family, rakan- rakan dan komunitinya serta seluruh kehidupannya di masa depannya.  Ini tidak pelik apabila rangsangan disekitar menjadi asas kepada pembinaan dan perkembangan akal seseorang. Sekiranya dia merasakan dia tidak berkemahiran,  dia sentiasa ketinggalan, dia sering dipinggirkan, direndah-rendahkan maka tidak hairan dia menjadi manusia yang rendah diri, manusia yang tidak bahagia.  Sekiranya sejak kecil lagi dia tidak pernah mendengar perkataan ‘no'; apa yang diingini semuanya dapat, maka dia tidak akan belajar erti ‘frustration’ dan cenderung mebunuh diri pada hayatnya akan datang kiranya didatangi kekecewaan. apabila dia diajar menyelesaikan masalah dengan kekerasan begitulah cara dia meyelesaikan masalahnya di masa depannya. 

justeru educationist mencadangkan lima tahun pertama anak-anak merupakan waktu yang terbaik untuk menyuburkan potensi kanak- kanak dalam semua aspek perkembangan , membantu anak- anak menguasai kemahiran asas alam persekolahan, memupuk sikap -sikap dan pemikiran positif dalam diri anak anak. sekiranya lima tahu pertama ini diperhatikan , insyaAllah tahun- tahun seterusnya menjadi mudah; banyak waktu dan tenaga dapat dijimatkan.

Tiada sebab untuk ibu tidak percaya akan research ini anakku. Bahkan penemuan ini mengukuhkan lagi keyakinan ibu terhadap Allah dan kebenaran kalamnya. Penemuan ini bukan asing buat ibu  kerana quran dan hadis juga telah mementingkan  pendidikan sejak dari usia muda. bahkan pendikan dalam islam bermula dari mencari tempat yang baik untuk menanam benihmu.  . ya! Al quran tidak menceritakan secara detail mengapa pendidikan perlu seawal itu, tetapi quran selalu menganjurka kita supaya tadabbur, fikir, kaji dan belajar.. sesungguhya engkau akan dapati kebenaran alquran. jadi dapatan dari kajian ini, walaupun ia tidak boleh dijadikan alasan mutlak ke atas syariat yang ditentukan Allah, tetapi sekurangnya buat akal kita bertemu logicnya..memudahkan lagi ketaatan iaitu mendidik anak sejak dari usia dini. detail dari kajian ini juga tidak mungkin meberikan gambaran yang complete akan hakikat ciptaan Allah (akal dan pengaruh usia) , tetapi sekurang- kurangya ia memberi jalan ikhtiar buat ibu dalam usaha ibu mendewasakan mu sebagai anak soleh dan khalifah berkebolehan.

Terima kasih kepada chelong  (kakak ipar) yang telah meminjamkan sebuah buku ''how to multiple your baby inteligent’  ketika ibu baru beberapa minggu mengandungkan mu. Ia membuka pintu praktikal ibu dalam melangkah kaki mendidikmu selepas ibu khatamkan buku 'pendidikan anak- anak  dalam islam' karangan Abdullah Nasih Ulwan. 

apabila Abdullah Nasih Ulwan membicarakan soal 'pendidikan melalui kelaziman' pada anak anak kecil yang belum mengerti, ibu telah sempitkan saranan itu pada pembinaan karekter ( peribadi) semata2 , tetapi setelah buku 'how to multiple your baby inteligent'  ibu tela'ah,  pemahaman ibu terhadap proses melazimkan anak- anak diluaskan kepada pembinaan budaya, intelektual, emosi dan sosial anak.

kini lima tahun berlalu, sejauh  manakah ibu telah manfaatkan pengetahuan tersebut dalam merencanakan masa depanmu? sejauhmanakah pencapaian ibu mempersiapkan dirimu menjadi hamba yang cemerlang lagi dicintai Allah? untuk mengukur sebuah pencapaian terlebih dahulu ibu kena lihat balik apa yang ibu plan utuk capai dalam  usia emasmu ini. malangnya ibu tidak dapat melakukan itu pada hari ini kerana ada urusan ibu perlu siapkan terlebih dahulu. insyallah ibu akan ' list down' kan perencanaan ibu buatmu dan sejauh mana telah ibu usahakan .. insyaAllah dalam next post ya!
26 June, 2012 0 people ''rote''

pancake

jom sarapan dengan pancake!

resepinya at      http://resepiummunukman.blogspot.com/2012/06/pancake.html 
                         
25 June, 2012 0 people ''rote''

Bila Hati Resah Gelisah


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih
selawat dan salam buat Rasul tercinta,

sesungguhnya fitrah manusia mahu bahagia,
maka kejarlah kita pada harta, kerana percaya harta itu dapat membeli kebahagiaan,
kejarlah kita pada kemasyhuran, kerana percaya menjadi tumpuan itu membahagiakan,
kejarlah kita pada cinta manusia, kerana percaya cinta manusia buat kita bahagia,
kejarlah kita kepada kecantikan fizikal, kerana percaya cantik itu punca kebahagiaan,
kejarlah kita kepada darjat dan pangkat, kerana percaya kuasa dapat dimanupulasi mencapai bahagia,

namun, bila Allah mengizinkan cita- cita itu dimiliki, hati tetap juga resah gelisah. Ketenangan jauh sekali. Apa yang ada terasa belum cukup.



Kerana bahagia bukan pada mata, bukan pada harta, bukan pada manusia, bukan pada kuasa, tetapi bahagia itu letaknya di hati.

hati bila bahagia, harta yang sedikit terasa cukup, rumah yang sempit terasa lapang, kawan yang sedikit terasa ramai, kepayahan terasa ringan.

maka tumpukan kepada perhiasan hati kita, nescaya bahagia dikecapi

and my dearer fellow muslim, the hearts will find peace and contentment only and only in the remembrance of Allah as Allah says in Surah Al-ra'd:28


الَّذِينَ آمَنُواْ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللّهِ أَلاَ بِذِكْرِ اللّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ ﴿٢٨﴾

Those who have believed and whose hearts are assured by the remembrance of Allah . Unquestionably, by the remembrance of Allah hearts are assured."

Allahu a'lam

21 June, 2012 0 people ''rote''

Roti Jala

Roti Jala

Hari raya pertama setelah berumahtangga disambut di rumah mertua. antara juadah hari raya kami ialah Roti Jala. roti jalanya bukan sahaja nampak cantik , tetapi rasanya juga cantik, dipadankan pula dengan ayam masak kuszi...alhamdulillah sedap sekali. ana mengambil kesempatan belajar cara -cara nak buta roti jala dikesibukkan bonda mertua mengadun dan menjala roti jala pada malam sebelum hari raya itu.

sejak dari itu, roti jala bukan sahaja menjadi antara juadah di hari rayaku tetapi juga antara menu kegemarann anak- anak dan suami di waktu sarapan.

di sini ana ada 
kongsikan resepinya buat mereka yang ingin mencuba: 
sila klik address di bawah!
0 people ''rote''

Persiapan menjadi Ibu dan Bapa


setiap pasangan yang berkahwin, sudah menjadi fitrah, selepas beberapa waktu berhajat kepada kehadiran cahaya mata yang sihat, pintar, bahagia lagi membahagiakan buat pelengkap dan penyeri rumahtangga. Tetapi untuk mendapatkan anak anak yang menyejukkan mata itu tidakkan tampak hanya dengan sekadar mengimpikan. Untuk merealisasikannya perlukan satu anjakan paradigma yang perlu dikuti dengan tindakan yang tegas lagi berkesan. Kiranya tidak , jadilah kita bapa yang naïf yang melahirkan anak- anak yang berkonflik.

Justeru menjadi ibu bapa perlukan persediaan sebagaimana persediaan seorang  calon pekerja kerana keibupaan juga merupakan satu karier bahkan ianya adalah karier ynag paling susah dan mencabar di dunia. Bekerja langsung dengan Allah. Keupayaan dan kecekapan kita dalam mencapai matlamat ( anak yang sihat, pintar cergas, bahagi lagi membahagiakan) bergantung kepada persediaan, pengetahuan dan kemahiran kita.

Untuk menjadi ibu bapa yang cemerlang kepada bakal anak kita. Ada beberapa perkara yang perlu difikir dan dipertimbangakan. Antaranya:

1.      Apakah makna menjadi ibu bapa buat anda?

Ramai yang terlupa bahawa anak itu amanah dari Allah sebagaimana sabda nabi;
“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci yakni Muslim).  Kedua-dua orang tuanyalah yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani atau Majusi.” -(HR Bukhari)

Makna menjadi ibu bapa bukan setakat memberi makan minum, pakai, perlidungan, tempat tinggal dan kasih sayang tetapi juga ibu bapa itu adalah pembina peribadinya kearah berakhlak, bertanggungjawab,  berdikari and penyayang serta memiliki jati diri (jiwa yang sihat) . Dan pendidikan di atas tidak boleh hanya memusatkan anak pada berkhidmat untuk menyenangi ibu bapanya atau kehidupan ‘duni’a masa depan anak anaknya, tetapi juga untuk menjadikan mereka hamba dan khalifah Allah yang baik lagi berkebolehan.  Pendidikan ini perlu dibangunkan cebis demi cebis dari asanya yang kosong hingga sempurnanya potret seorang hamba.  Jika bakal ibu bapa tidak menyedari hakikat ini , tiadalah cita- cita ke arahnya .Jika tiada cita cita kearahnya, persedian juga akan  menjadi tiada.  Lalu bagaimana agaknya corak  islam pada kain putih ini nanti. Jangan ingat kita layak mendapat trofi kalau anak sekadar solat, puasa , zakat , haji dan  menutup aurat. Jadi, tidak dapat tidak , ibu bapa perlu benar benar faham apakah sebenar- benarnya  itu islam agar mereka berada pada sirotol mustaqim( jalan syurga). Bukanlah tiada posibiliti anak orang soleh pun jadi jahat, ingkar kepada Allah, tetapi sekurang-kurangnya, bila itu terjadi, tiadalah kita ini dipersalahkan di akhirat sana. Kita telah berusaha!

2.      apakah Ruang lingkup kerja sebagai seorang ibu?


K etahuilah, Untuk menjadi ibu bapa yang cemerlang , ruang lingkup kerja ibubapa tidak terbatas. Tugas utama ibu bapa ialah menjadi guru bahkan kitalah guru pertamanya.  Medium pertama pembelajaran mereka ialah pada pandangannya. Mereka belajar dari apa yg mereka lihat jauh lebih dari apa yang disuruh. Daripada dirinya yang ‘kosong’ itu, automatik terisi dengan apa yang dilihatnya semenjak bayi hingga dia boleh bergerak dan membuat pertimbangan akalnya sendiri. Kemudian barulah diikuti dengan ‘reasoning’ agar kebiasaannya menjadi makna. Peroses pertama ini lah yang membentuk personality anak anak.  Personality ini akan kekal. Inilah yang dimaksudkan hadis sebelum ini ; ‘’dua orang tuanyalah yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani atau Majusi.”

Bayangkan Tahun demi tahun anak melihat kepincangan parktis kita terhadap islam, tahun demi tahun anak melihat kita menghiasi akhlak dengan bunga bunga mazmumah (mengumpat, berkata kotor, dengki dsbnya), apakah hasilnya?. Dan  Jangan kita pelik, bila asuhan, suruhan, dan tegahan bagaikan mencurah di daun keladi kerana bagi anak,  perkataan yang tidak sedondong dengan amalan gurunya (ibubapa)  tiada makna apa apapun bagi mereka. Mereka terus berjalan di satu jalan yang mereka sangka betul . Apabila mereka sudah berjalan terlalu jauh, berpatah balik  dan  mulakan yang baru bukanlah mudah, sebagaimana payahnya kita mengembali para ubada’ dari amalan bidahnya biarpun diasak dengan dalil –dalil yang kuat. Seumpama membuang karat karat pada besi, ia perlukan satu unsur dan  tenaga yang lebih kuat daripada karat tersebut. Dan jangan sangka dengan menghantar ke sekolah agama cukup sebagai penawar. Maka tidak dapat tidak, kita mesti jadi soleh untuk dapatkan anak anak yang soleh.

Selain berfungsi sebagai guru, kita juga perlu bersedia untuk menjadi kaunselor atau therapist, penawar, consultant. Bukan mudah bagi anak-anak hatta org tua untuk menegakkan kakinya pada perinsip islam kala berdepan dunia luar yang penuh percanggahan.  Anak - anak mudah keliru dan goyah apabila berdepan dengan masalah ‘acceptance and rejection’ , kejayaan dan kegagalan, kesedihan dan keseronokkan. Kegagalan ibu bapa untuk memperlihatkan keyakinannya , kecintaannya, penghargaannya,  keseronkkannya dan ketahanannya terhadap amalan soleh, anak anak akan berpaling dari didikan pertamanya. Justeru tidak dapat tidak, ibu bapa itu sendiri kena faham , yakin pada setiap amalan yang ditanam kepada anak– anaknya.  Tidak boleh dengan taklid ( ikut buta tuli). Ibu bapa perlu jatikan hatinya dalam berakidah.

Kekadang ibu perlu menjadi hakim bilamana anak menyimpang dan memberikan hukuman jika perlu.  Malangnya hari ini , ibu bapa kehilangan taringnya. Maka anak – anak menjdi tuan dan medurhaka sebelum pendurhakaan berlaku. Sungguh ibubapa terlupa bahawa anak anak itu bukan milik kita, ia  milik Allah dan dikembalikan kepada Allah. Dia hanyalah amanah bukan pemberian mutlaq.  Jika ibubapa melihat ianya adalah amanah maka ibu bapa tidak seharusnya ada berkepentingan.

Selain itu ibubapa juga perlu bersedia untuk jadi  jadi hero, security guard, nutritionist dan hundreds others dalam peroses mendewasakan anak- anak . Pengabaian pada satu aspek pasti akan memberi kesan sedikit atau banyak pada kesejahteraan fizikal dan  emosi anak anak. Betapa besarnya tanggungjawab dan banyakknya peranan ibu.  Sudah bersediakah anda?

3.      Tahukah anda cabaran- cabaran karier anda ?

Anak kecil cenderung untuk bersikap pelik, mempunyai kehendak yang sangat tekad,   suka mendesak, degil dan mudah  marah  serta mengamuk. Mereka juga makhluk yang sangat kreatif dalam mencipta perangai perangai baru yang menjengkilkan  .justeru sukar untuk diduga lalu kawalan menjadi sukar. Jangan terkejut kiranya suatu hari, dia enggan makan biskut yang hanya  terdapat sedikit rekahan atau berdegil untuk memakai baju sejuk di hari yang sangat panas dan membenci setiap yang bewarna kuning. Dan semua ini terjadi tidak terikat dengan masa-masa tertentu .Ia boleh berlaku tiba tiba samada di saat anda sibuk atau  mahu cepat ataupun dalam majlis.  Urusan harian pula tidak mudah diuruskan dengan lancar dan tenang . Kerana kerenah anak –anak, urusan sering tergendala. Mereka sering memaksa kita membuat beberapa kerja dalam satu masa dengan bunyi bingit dan bersepah sana sini teutama sekali bagi ibu yang memiliki lebih dari satu anak. Semua ini menambahkan kepayahan tugas ibu dan boleh buatka kita hampir ‘gila’. Pada tika itu, jangan sangka kita semudahnya boleh menutp pintu, mendiamkan diri di sebuah bilik, berehat dan bertenang mengembalikan tenaga fizikal dan emosi apatah  lagi untuk menekan butang  pada mereka supaya berhenti dan  ikut arahan  kita  kerana mereka  tidak dimanualkan begitu. Justeru menjadi ibu bapa bererti perlu bersedia bekerja ‘under pressure’ dan belajar menyesuaikan diri dengannya. Tanpa ‘expectation ini’ anda mungkin berundur.

4.      Bilakah office hour anda sepatutnya bermula dan berakhir?

‘office hour” seorang ibu ialah 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 306 hari    setahun tanpa rehat tanpa cuti sehingga anak anak dewasa. Itupun terkadang anda perlu menjadi  pemerhati dan  masuk campur jka perlu. Dengan ‘office hour’ yang begini adalah mustahil untuk kita berlakon  solehah di depan anak anak . Mahu tidak mahu kita perlu memperoses diri menjadi solehah. Perlu peroseskan diri menjadi ‘energetic’, penyabar, bermotivasi dan  keras semangat.  

5.      Perlukah ilmu yang tinggi untuk bekerja sebagai ibu bapa?
Saya pernah diaju  soalan , ‘’mengapa perlu belajar tinggi- tinggi kalau hanya untuk menjdi surirumah’?.  Apa pandangan anda? Sudah pasti ilmu itu sangat perlu. Ilmu adalah asas segala amalan dalam  islam. Cukup sayang sekali bila ummah hari ini melihat ilmu itu hanyalah untuk cari makan semata mata dan melihat tugas keibubapaan adalah mudah, sedangkan tugas ibu bapa itu tugas yang besar. Ia soal pengkaderan manusia; ianya soal syurga atau  neraka.
Membentuk peribadi dan  pemikiran muslim  dalam diri anak anak perlu melalui pendidikan  islamiyah yang hanya boleh dicapai dengan  ilmu. Dan cabaran cabaran yang menempel ibu bapa hanya dapat dikuasai dengan kemahiran  kemahiran dari  perahan ilmu jua. Ilmu juga membantu ibu tidak terperangkap dengan perasangka yang tidak tepat dan   mitos mitos keibubapaan yang menjalar dalam  masyarkat  Sebagaimana sabda nabi,
Maksudnya : “(Wahai Muhammad bacalah) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian mahkluk), Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku, bacalah dan Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya”.
Sesungguhnya tanpa persediaan  ilmu tiadalah hikmah, tanpa hikmah, kita kan  gagal dalam melaksanakan amanah Allah dan  menghadapi cabaran mendewasakan anak anak. Walaupun ibu bapa dan anak anak dapat teruskan hidup tanpanya tetapi manakan sama anak anak yang dibesarkan oleh ibubapa yang berilmu
قل هل يستوي الذين يعلمون والذين لا يعلمون. انما يتذكر أولولوا الألبب   
Maksudnya; “Katakanlah adakah sama orang-orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya mereka yang mendapat peringatan dan petunjuk hanyalah di kalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana"
Bukan itu saja, peroses mencari ilmu mestilah berterusan bahkan ilmu yang sedia ada perlu sentiasa di ‘update’ .  sesungguhnya ada perkara-perkara yang releven’ pada masa lalu tidak semesti relevan pada masa lainnya. Umpama mendedahkan anak pada mentari untuk mngelakkan kuning tidak lagi relevan pada hari ini. Pendedahan pada mentari hari ini, akan merosakkan kulit bayi justeru ultra ungunya yang melampau.

6.      Berapakh modal yang anda laburkan dalam karier ini?

Islam tidak mengetepikan kepentingan ekonomi dalam membangun  keluarga terutamanya di zaman ini, saat pendidikan tidak lagi ‘free’, makanan tidak lagi ditanam sendiri dan bertambah- tambahnya skop nafkah.

Ditetapkan tanggungjawab ekonomi ini ke atas lelaki dan  harus sekiranya isteri mahu meringankannya.Firman Allah s.w.t;
Ertinya:” hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya. Dan orang yang disempitkan rezkinya hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekadar apa yang Allah berikan kepadanya”.(al-Talaq:7)

Makanya sekira anda bercita cita untu hidup beranak pinak, anda perlu mempunyai sumber pendapatan . Selidikilah pasangan anda akan pekerjaan dan tabiat pekerjaannya. Apakah dia mempunyai pekerjaan? Apakah dia seorang yang ringan tulang? Bagaimana corak dia berbelanja?. Ingatlah! Mendewaskan anak bukanlah murah. Bunga bunganya sudah mula diperlihat disaat kehamilan lagi dimana anda perlu membeli pakaian hamil, penjagaan  prenatal dan kelahiran. Setelah kelahirannya and perlu persiapkan bayi anda keperluan keperluannya pula. Kemudian anda perlu maintain pula ‘ongoing cost’ pada tiap tiap bulan termasuklah perubatan, pendidikan, kenaikan,  pusat jagaan dan sebagainya. Anda juga perlu membuat sedikit simpanan untuk hal hal kecemasan dan pelaburan  masa depan. Beban ini berganda bila anak berganda.

Adapaun, bilaman anda reda dengan situasi pasangan anda, maka bermesyuarat dan merancanglah ekonomi anda; perbelanjaan, allocating money, apakah memerlukan pendapatan tambahan? . Begitulah. Maka merancanglah! Sesungguhnya orang yang merancang itu tidak akan meminta minta walaupun  dia miskin. Sementara orang yang tidak mengatur  ekonominya dengan baik  boleh jadi miskin walaupun kaya.


7.      Apakh anda bersedia bekerja dalam kumpulan (teamwork)?

Perkara pertama apabila bekerja dalam kumpulan  ialah  pembahagian  kerja yang jelas. Pada sisi Allah, lelaki dan wanita mempunyai peranan yang sama dalam  mengatur kehidupan di muka bumi ini. Cuma dilebihkan lelaki satu darjat sahaja iaitu penanggung nafkah sesuai dengan kelebihan fizikal yang allah takdirkan pada lelaki.

وَلَهُنَّ مِثْلُ الَّذِي عَلَيْهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ وَلِلرِّجَالِ عَلَيْهِنَّ دَرَجَة

Mafhumnya: “Dan untuk para wanita itu hak yang sama (perlu diterimanya) dengan apa yang wajib ke atasnya menurut cara yang makruf. akan tetapi Para suami, mempunyai satu darjat kelebihan daripada isterinya.” (al-Baqarah: 228)

Oleh kerana Alah telah lebihkan satu beban ke atas lelaki berbanding wanita, lalu  allah angkat lelaki satu keistimewaan (hak) berbanding wanita iaitu kepimpinan(القوامة) ke atas wanita seagai tanda keadilan Nya. Seagaimana firman Allah      
                                                                                                                                                                            الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَبِمَا أَنْفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ

Maksudnya: “Kaum lelaki adalah pemimpin bagi wanita, kerana Allah telah melebihkan orang lelaki atas wanita, dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan dari harta mereka.” (al-Nisa’: 34)

Justeru perlu difahami kelebihan ini bukanlah sifat memihak. Ia tanda keadilan. Adil untuk lelaki, adil untuk wanita kerana wanita seandainya dibebani taklifan ini keatasnya nescaya dia akan merasa berat kerana ‘hardware’nya tidak dapat support.  Dan pula kelebihna berupa  pemimpin yang Allah maksudkan di atas bukanlah bermakna lelaki berhak manipulasikan wanita sesuka hatinya,  bahkan Allah telah mengingatkan kaum adam bahawa wanita itu perlu diperlakukan dengan sebaik- baiknya sebagaimana ternukil dalam surah annisak; 19 
                                                                                                                                                                         وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ
Mafhumnya: “Dan bergaullah dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang makruf.” (al-Nisak: 19).

Sementara urusan selain dari urusan nafkah merupakan tanggungjwab bersama (ayah dan ibu).   Ibu dan ayah perlu tolong menlong dan saling melengkapi. 

Allah SWT berfirman: وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ

Mafhumnya: “dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar,.. “ (al-Taubah: 71)

memahami kedudukan wanita dan lelaki dalam islam, adalah salah yang besar apabila masyarakat menganggap tanggungjawab suami mencari nafkah semata- mata dan urusan rumahtangga yang lainnya termasuk mengurus anak-anak adalah tugas isteri.

“Dan tidaklah patut bagi lelaki beriman dan tidak (pula) bagi perempuan beriman, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka” [TMQ al-Ahzab (33):36]

Justeru anda perlu bersedia dan terbuka untuk bekerja secara berkumpulan dengan pasangan anda. Binalah konsep ringan sama dijinjing dan berat sama dipikul terutama bila isteri turut turun padang mencari nafkah bagi meringankan beban suami.

8.      Apakah penting membina persefahaman antara anda da ‘partner’ anda?

Ya, persefahaman amatlah penting bagi memastikan sampan anda sampai ke destinasi.  Jika tidak ia umpama seorang mendayung ke arah barat , seorang lagi berdayung ke arah timur. Persis apakah jadinya?

Contohnya, ibu dan bapa hendaklah memiliki persefahaman dalam corak pendidikan, dan bentuk-  bentuk ganjaran serta hukuman, jika tidak anak anak akan keliru dan pendidikan menjadi tidak berkesan.

Al-Quran telah mengisyaratkan perkara ini (permesyuaratan )ketika membicarakan persoalan memisahkan susuan anak, firman Allah Ta’ala:

فَإِنْ أَرَادَا فِصَالاً عَنْ تَرَاضٍ مِنْهُمَا وَتَشَاوُرٍ فَلا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا

Mafhumnya: “apabila keduanya (suami dan isteri) ingin memutuskan susuan (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan/perbincangan, Maka tidak ada dosa atas keduanya.” (al-Baqarah: 233)

 Jika suami dan isteri tidak mendapat kata sepakat, maka suami adalah individu yang lebih berhak ditaati selagi keputusannya tidak menyalahi syarak.

 
Itulah antara –antara isu yang wajar difikirkan ibu bapa sebelum memutuskan untuk memiliki anak . Hakikatnya masih banyak lagi yang perlu ibu bapa pertimbangkan.  Sesungguhnya, tanpa diri bersedia, keseronokan menimang cahaya mata akan menjadi tidak seronok lagi. Dan orang yang alpa, lalai, leka dalam hal semacam ini,  tidak akan mampu memikul tanggungjawab ibu bapa. Jadilah dia ibu bapa yang biasa, yang hanya pandai mengemudikan bahtera tetapi tidak tahu destinasi. Lalu Mampukah bertemu tuhan dalam keadaan bersedia kerana hidup hanya berlayar tetapi tidak berlabuh.
Dan semestinya, persediaan ke arah ini bukanlah sehari dua. Anda perlu bertatih dari sekarang. Jangan tunggu sampai semuanya di depan mata kerana  saat itu,  anda umpama mencari teduh setelah kena hujan. Dan persediaan bukanlah bermakana mesti ‘perfect’ tapi sekurang kurangya membuat kita bersedia. Sesungguhnya  kesempurnaan akan datang sedikit demi sedikit kemudiannya. Justeru janganlah kita lalui peroses persiapan ini hingga terlanjur usia kerana hamil di usia yang lewat adalah berisiko. Seandainya waktu terlalu singkat buat anda menyediakan diri kerana  lewat menyedari hakikat ini, maka anda perlu bersedia secara intensif sekadar mampu.
30 July, 2010 0 people ''rote''

Apa yang hendak dimalukan dengan Kemiskinan

Assalamualaikum semua.


Segala puji bagi Allah atas kurniaan dan keizinannya. Selawat dan salam buat rasul junjungan. Syukur khususnya bila blog yang bagaikan tin kosong ini ada yang sudi jadi followers. Tulisan saya terdahulu yag masih banyak lompangnya dikatakan bagus. Saya menganggap ianya hanyalah kata pendorong. Allah a’lam. Sesungguhnya niat mula create blog peribadi hanyalah untuk mencoret luahan hati dan minda. Saya tidak menetapkan apa saya perlu menulis sebulan sekali, seminggu sekali atau setiap hari tetapi saya akan menulis mengikut kelapangan. Hakikatnya dalam kepala ni terlalu banyak yang dicoretkan tetapi masa dan kemahiran menulis saya yang terhad menjadi cabaran buat saya. adakalanya blog ini sunyi berbulan bulan. Justeru maaf jika saya mengecewakan anda

Sahabat sahabat,

APA YANG NAK DIMALUKAN DAN DITANGISI DENGAN KEMISKINAN

Semua orang ingin lari dari kemiskinan kerana kemiskinan itu dipercayai sebagai menyusahkan, menyempitkan, dan memalukan. Sementara kekayaan dipercayai sebagai punca kebahagian dan kesenangan. Tetapi berapakah dari kita mampu mengecapi kekayaan? Harganya semahal nikmatnya. Ia menagih jiwa, masa dan tenaga. Satu dari seratus pun belum tentu mampu mengatasi harganya. Setelah bertungkus lumus; segala tulang belulang telah digunakan, setiap masa dimanfaatkan sepenuhnya, kemahiran dan ilmu juga telah diaplikasikan, tetapi kita masih gagal membeli hasilnya. Apakah yang dapat kita lakukan? Menangisi takdir ini? Atau sanggupkah kita merompak dan membunuh deminya? Akhirnya, tidak juga bahagia, tidak juga puas akan kehidupan bahkan adakalanya apabila sampai di puncak kita menyedari banyak yang telah kita kehilangan. Tidak, seorang mu’min tidak akan menangisinya apatah lagi melewati sempadan Allah. sesungguhnya mu’min iu akan sentiasa bahagia dengan apapun takdir hidupnya sekalipun dalam kemiskinan. Kemiskinan ditakrifkan rezekinya sempit sekadar cukup untuk keperluannya.

Sahabat sahabat mu’min, apa yang nak ditangisi dan dimalukan dengan kemiskinan? Sedangkan kemiskinan itu pakaian nabi nabi dan orang orang soleh. Allah mentakdirkan hidup nabi nabi sebagai orang miskin sedangkan Allah boleh menjadikan mereka dari kalangan orang orang kaya. Apabila diberi tawaran kekayaan mereka menolaknya pula. Contohnya nabi muhammad s.a.w menolak tawaran Allah untuk menukarkan bumi mekkah kepada emas. Sabdanya “bukan ini ya Allah, sebaliknya daku mahu makan sekadar kenyang satu hari supaya dapat daku bersyukur, dan berlapar satu hari agar dapat daku meminta kepada-Mu dengan rendah diri” . Subhanallah wallahuakbar! Pasti ada keistimewaan hidup miskin sehingga nabi memilih kemiskinan, padahal dengan kemewahan itu dapat membantunya dalam dakwahnya dan urusan kekhalifahannya? Bahkan ia turut menjadi keutaamaan (pilihan) orang orang soleh sezaman beliau dan selepasnya serta sebelummnya. Keistimewaannya barangkali pada mengenal erti nikmat Allah, mejadikan kita manusia yang bersyukur, menjaga sifat kehambaan, membentuk keperibadian soleh, mewajakan jati diri, dan membantu kejayaan dakwah serta menghindari kita dari fitnah harta,

Kemiskinan sinonim dengan kesukaran hidup. Lalu kemiskinan adalah wadah mengenalkan kita akan besarnya erti ‘nikmat’. Sesuatu keperluan yang diperolehi daripada susah payah akan memberikan rasa nikmat pada perolehan itu. Sebaliknya apabila sesuatu keperluan itu didapatinya dengan mudah sekali, selalunya seseorang itu tidak merasai bahawa ianya suatu nikmat, sebaliknya ianya hanyalah perkara biasa saja sehinggalah dia kehilangannya. Seperti mana merasa kenyang setelah lapar, barulah kita sedar akan nikmatnya kenyang. Kalau kita tak pernah berlapar kita tidak akan dapat bayangkan nikmatnya kenyang. Kita sering merasa “wah! seronoknya hidup dia..semua nak dapat!”, itu pada pandangan kita yang miskin. Kita merasakan ianya suatu nikmat yang besar kerana sukar untuk kita dapatkannya, tetapi biasa pada mereka. Kerana itu kita lihat, ramai orang yang dibiasakan hidupnya dengan kemewahan seringkali menggunakan kemewahannya di jalan yang membazirkan kerana rendahnya nilai wangnya dek kerana senang diperolehinya. Sedangkan kesukaran membuatkan kita lebih menghargai sesuatu nikmat itu. Apapun yang datang dari Allah biarpun kecil tetapi terasa sangat besar..patut digunakan sebaik- baiknya. Demikianlah terasuhnya rasa besar nikmat allah dari hal bersusah payah.

Merasakan akan besarnya setiap nikmat Allah, baik dalam bentuk kesempurnaan anggota, material, keluarga, dan kehidupan keseluruhannya mengajak kita bersyukur. Apabila kita tidak lagi berdaya, tiba tiba datanglah seseorang membantu kita keluar dari ketidakdayaan tadi, pastinya kita akan berterima kasih dengannya. Tika itu kita sanggup buat apa saja untuk membalas jasanya. Bersyukur ertinya melahirkan rasa terima kasih dalam hati dan menzahirkannya dengan lisan dan amalan. Penting sifat bersyukur bukan saja untuk melahirkan rasa terima kasih, tetapi juga berfungsi sebagai pengikat nikmat itu. Dengan bersyukur, boleh jadi orang yang memberikan bantuan tadi akan kembali membantunya di masa hadapan, sebaliknya jika kita iringi pemberian itu dengan kesombongan dan lupa diri, barangkali di lain waktu orang itu tidak lagi sudi membantunya. Begitulah halnya seorang mu’min dengan Tuhannya yang merasakan setiap apa yang dikecapi berupa nikmat ini, datangnya dari Allah S.W.T, pastinya akan bersyukur yakni ruku’, sujud dan tasbih kepada Allah dengan rela hatinya. Justeru itu kemiskinan bukan saja melahirkan mu’min yang kenal akan nikmat Allah tetapi juga secara tidak langsung menjadikanya seorang hamba yang tau bersyukur.

Selain dari itu, kemiskinan dan kesempitan berupaya meningkatkan rasa dan sifat kehambaan kita. Kemiskinan adalah kekurangan pada sudut hajiat di mana ianya sangat doruri untuk kelangsungan hidup. Ini membuatkan kita sentiasa berwaspada kerana apa yang dimiliki hari ini belum tentu ada atau cukup untuk esoknya. Situasi begini sentiasa membuatkannya mengharapkan kelapangan materi dan dokongan emosi serta kekuatan fizikal untuk meneruskan kehidupan. Berbeza dengan kekurangan dalam kekayaan dimana kekuranganya kerana kehendak, makanya keberhajatannya tidaklah terlalu mendesak sebagaimana kekurangan dalam kemiskinan. Desakan hidup membuatkan seseorang itu mencari sumber pergantungan. Sesungguhnya dalam kehidupan mu’min, dia percaya segala keperluan bersumberkan dari Allah, makanya membuatkan sesorang mu’min itu sentiasa berhajat kepada Allah, mendekatkan diri kepadaNya, berusaha untuk meraih perhatian Allah, memohon dengan sungguh hati, ikhlas dan rendah hati agar dilapangkan kesempitannya, dikuatkan anggota badannya dan ditabahkan hati menghadapinya. Dia akan sentiasa memerhatikan ubudiyyahnya dan memperbaikinya. Justeru itu, kemiskinan buat kita lebih bersifat kehambaan.

Jika demikianlah motivasi dari kemiskinan, benarlah kata hukamak, “rahmat Allah selalunya dalam kemiskinan sedangkan murkanya selalunya dalam kekayaan”. Ini kerana apabila kita kaya kita berkemampuan untuk melakukan apa sahaja untuk memenuhi kehendak hawa; hawa makan, hawa amarah (dendam), hawa berhibur, bermewah mewahan kerana lazimnya manusia akan guna kemampuannya bukan menahannya. Akhirnya tanpa disedari kita, ia bawa kita jauh dari rasa bertuhan dan bergantung kepadanya. Tetapi si miskin apa saja terpaksa menahan diri kerana tidak berkemampuan biarpun jiwa raganya sangat tertekan. Lazimnya jiwa yang resah dan tertekan akan ingat Allah untuk tenangkan jiwanya. (Al ra’d:28). Itulah rahmatnya..hidupkan hati yang mati dan leka, mudah mudahan akhirnya dapat merasai manisnya iman.

Sesungguhnya, kemiskinan tidak hanya membentuk sifat tawadu’ seorang hamba dengan Penciptanya, tetapi juga memberi manfaat kepada minda dan keperibadiannya. Kemiskinan merupakan guru yang sangat berkesan dalam mendidik syahksiah dan keperibadian mulia seorang mu’min. Pergelutan dengan kemiskinan menjadikan kita berdikari, sentiasa berfikir kehadapan, sentiasa merencanakan kehidupan dan hidup dalam sistem. Pergelutan dengan kemiskinan juga menjadikan kita seorang yang kereatif dan inovatif demi produktiviti (rezeki). Adakalanya tika melayari kemiskinan, kita dihina, dipandang kecil, diumpat dikata lalu mengajar kita betapa jeliknya dan tidak wajar sifat demikian sehingga melahirkan rasa malu dalam diri untuk menjadikan sifat seumpama itu sebagai pakaian diri. Pergelutan dengan kemiskinan juga membuatkan kita peka dan sensitif akan perasaan saudara kita lalu mendidik kita menjaga lisan kita atas saudara kita dan membela maruahnya jika diunjing orang lain. Semua sifat di atas merupakan tuntutan akhlak akhlak islamiyah maka secara tidak langsung, kemiskinan mendidik kita kepada minda dan peribadi mulia.

Kesusahan dan kesempitan yang tersedia dalam kemiskinan juga merupakan medan latihan yang ampuh dalam mempersiapkan diri kepada jati diri waja seseorang mu’min untuk memikul peranannya sebagai hamba dan khalifah. Untuk menjadi hamba Allah yang sempurna dan memikul tanggungjawab sebagai khalifah adalah tanggungjawab yang berat. Cabarannya berliku liku. Musuhnya ramai. Ianya merupakan satu perjuangan dan Kata hukamak “seorang pejuang tidak lahir dari sifat kemanjaan” “bermanja manja hanya melahirkan sifat yang lemah . Maka kita memerlukan satu anjakan untuk mencetuskan sifat perjuangan. Sementara kesusahan dan kesempitan itu ibarat rintangan di sebuah kem pelatih, setiap pelatih yang berjaya mengatasi setiap rintangan bermakna dia telah memiliki kelayakan untuk memikul tanggungjawab. Sebab itu nabi nabi kita membesar dalam keadan miskin dan susah, yatim dan dagang sebelum mereka ditaklifkan sebagai seorang nabi. Ini kerana Allah mahu mempersiapkan mereka untuk menjadi utusanNya. Tidak akan berjaya seorang nabi itu jika tidak dikuatkan jiwanya, tidak diasuh dengan kesusahan. Sebagaimana lemahnya kepimpinan anak bos berbanding kepimpinan seseorang yang bermula dari bawah. Sekiranya dua orang ini diuji dengan musibah perniagaan, anak bos mungkin hilang arah tuju sementara seorang lagi pasti ‘survive’ kerana dia pernah melalui saat yang lebih sukar dari itu. Kita sebagai seorang hamba memerlukan daya tahan sebegini untuk istiqamah di titian mustaqim. dan ingat tanggujawab khalifah dan dakwah tidak hanya terletak di bahu pemimpin tetapi dibahu setiap muslim mengikut kemampuan masing masing. Bahkan kita semua adalah pemimpin. Dan ingatlah apa yang menjadi fardu kifayah pada saat ini boleh jadi fardu ain pada masa lain mengikut waqi’ (keadaan). Yakinlah bahawa kemiskinan itu adalah pendidik jati diri mu’min. Boleh jadi itulah sebabnya rakyat palestin diancam dengan ujian yang berat dari musuh dunia kerana merakalah juga akan mengalahkan puak itu mengikut janji Allah.

Kemiskinan itu juga wajar untuk kejayaan dakwah dan kepimpinan. Bagaimana kiranya manusia yang kita maklum kebanyakannya golongan yang miskin ini, diminta buat itu dan ini sedangkan yang menyuruh itu kaya dan berkemampuan. Apa mungkin manusia akan menurut atau memberi alasan ; “tengoklah kami, kami adalah golongan yang tidak berdaya, sedangkan engkau memiliki segalanya, maka mudahlah bagimu dan sukar pula bagi kami mengikutinya”?. Justeru kemiskinan adalah wajar buat ummat muhammad kerana setiap ummat muhammad adalah daí dan pemimpin. Hidup miskin bagaikan sedang memberi isyarat “aku tak ubah sepertimu, apa yang kau rasa dan kau lalui aku turut melalui dan merasanya, jika aku boleh lakukan kenapa kamu tidak?” tiadalah manusia dapat beralasan dgn kemiskinannya. Abu Talhah menceritakan:

Kami telah mengadu kepada rasulullah (s.A.W), tentang kelaparan kami. Kami telah menyingkap pakaian kami lalu ,menampakkan perut kami yang diikat dengan sebiji batu ( untuk menahan kelaparan). Kemudian Rasulullah (s.A.w) menyingkapkan pakaian yang menutup perutnya, lalu nampaklah dua batu yang diikat pada perutnya itu. Hadis ini memberikan jawapan “sabarlah” secara balaghahnya. Cuba bayangkan jika sebaliknya, tatkala nabi minta mereka sabar dalam keadaan nabi kenyang. Apa boleh diterima dan diikuti akan perintah sabar? Demikianlah hikmah dari hidup miskin.

Hidup miskin juga menghindari kita dari fitnah harta. Harta itu penawar kalau kena caranya tatapi ianya racun yang amat berbisa. Kilauannya boleh mengaburi mata hati dari memilih penawar kepada memilih racun. Bisanya pula cepat menjalar, denyutnya tidak terasa sehinggakan pemiliknya tidak sedar akan penyakitnya Sebab itu para soleh takut berdampingan dengan harta, bimbang jatuh cinta lalu terpedaya dengan fitnahnya sebagaimana sabada nabi (daku tidak takut kemiskinan dan kebuluran terjadi kepada umatku tetapi daku takut apabila dunia ini diperhiaskan untukmu sebagaimana telah diperhiaskan untuk umat sebelumnya, dan kamu akan terpaut kepdanya sebagaimana umat yang dahulu terpaut dan keduniaan tersebut membinasakan kamu sebagaimana mereka dibinasakan) Sebab itu pada sutau tempat yng lain:rasulullah berdoa: “ya Allah! Tetapkanlah punca hidup keturunan muhammad sekadar cukup untuk keperluan mereka”.

Justeru apa yang ingin dimalukan dan ditangisi dengan kemiskinan. Ianya bukan musibah tetapi juga antara rezeki dan rahmat Allah. Jangan lihat kepada kesusahannya tapi lihat pada hikmahnya. Anggaplah ia ujian untuk kita harungi agar apabila kita ditakdirkan senang nantinya, kita bisa sezuhud dan segigih sayyidna rahman bin auf mengagihkan hartanya dengan menyusuri setiap rumah pada setiap malam meninjau kalau kalau ada yang dalam kesempitan untuk dibantunya. Tidaklah seperti qarun yang kesudahan hidupnya ditelan bumi dalam murka Allah. Sekalipun kita sudah senang asuhlah anak anak dan isteri dengan kesusahan untuk pembangunan personalitinya.

Allahua’lam.
17 February, 2010 3 people ''rote''

Hakikat takdir ; Allah tidak pernah zalim, Tidak pula pilih kasih

memandangkan ramai yg masih keliru tentang persoalan takdir, hari ni, ummuN ingin kongsikan apa yg ummuN faham bersekitar tentang masalah takdir, dalam bentuk yang mudah difahami..insyaAllah

Kenapa seorang dengan seorang yang lain tak sama kadar dunia yang dimilikinya? Ada yang ditakdirkan miskin yakni, kais pagi makan pagi. Ada pula lahir saja ke dunia, terus menikmati kemewahan tanpa perlu berusaha. Ada pula ditakdirkan sakit sana sini biarpun makan minumnya terjaga berbanding dengan sesetengahnya yang terurus makan minumya. Ada pula ditakdirkan cacat sementara yang lainnya sempurna pula. Mengapa demikian? Walhal Allah itu Adil sifatnya, Pemurah lagi Penyayang, rahmatNya melimpah ruah. Lebih pelik lagi, kita lihat orang yang tholeh lebih baik dan berjaya kehidupannya berbanding orang yang soleh. Orang baik ditmpanya musibah, sedangkan orang jahat selalu saja menang. Tengok ummat Islam di Palestin yang memilih Allah, dibiarkan ditindas oleh Yahudi laknatullah, musuh Allah. Lalu dimanakah sebenarnya keadilan Allah?. Demikianlah antara rungutan minda sesetengah dari kita bila berdepan dengan hakikat diatas. Merasakan ketidakadilan Allah dalam hal seumpama di atas bukan hanya di kalangan orang orang yang ingkar (tidak meyakini rububiyyah Allah dan kebenaran agama Islam), bahkan ianya penyakit rohani yang turut menimpa kita yakni muslim yang hati dan lidahnya akad akan kebijaksanaan dan kesempurnaan aturan Allah. Pada hemat penulis, keraguan tersebut adalah dari kerana fikiran yang belum cukup mengenali Allah dan samar pula dalam memahami hakikat takdir. Memahami hakikat takdir dengan sebenar benar fahaman nescaya akan terubatlah resah dihati dan berlalulah rintihan bahkan insyaAllah, menjadikan kita manusia yang tak kenal mundur dan tidak mudah cemburu hati.

Duhai diri, hakikat keadilan Allah itu adalah hak (benar) dan takdir Allah itu bukanlah tanda sikap pilih kasihNya. Apa penjelasannya? Sebaiknya kita mulai dengan memahami maknanya. Takdir itu natijah daripada qada’ dan qadar Allah. Qada’ itu ialah “ketetapan Allah” yang kita sebut sebagai “sunnatullah.” Ketetapan ini penting bagi memastikan keseimbangan alam dan seluruh isinya. Sementara “qadar” itu adalah ukuran Allah untuk dijadikan sebab kepada takdir. Takdir berjalan seiring dengan qada’ dan qadarnya. Iradat (keinginan) perlukan kudrat ( usaha), itu qada’ Allah. Namun sejauh mana kudrat diperlukan manusia bergantung kepada berat bebannya, itulah qadar Allah. Api itu sifatnya panas lagi membakar, ianya qada’ Allah. Sementara qadar Allah pula ukuran api itu sendiri besar mana ia, menatijahkan besar atau kecil sesuatu kebakaran itu yakni takdir. Qada’ Allah setiap yang jatuh itu tidak keatas tapi ke bawah (hukum graviti), dan nasib sesuatu yang jatuh itu yakni takdir bergantung kepada ketinggian dari tempat jatuh dan kekebalan objek itu yaitun‘qadar’. Allah telah menegaskan akan hal tersebut dalam surah al-Qamar: “Sesungguhnya, Kami menciptakan segala sesuatu menurut ukuran”
Justeru itu lah kita diminta menimbangi perbuatan kita sesuai dengan qada’ dan qadar Allah supaya tidak celaka natijahnya. Demikianlah yang dimaksudkan oleh Allah: “....dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan…” (al-Baqarah: 195). Contohnya, semakin tua umur suatu tali, akan semakin lapuk dan kemampuan untuk mengangkat dan menahan bebannya pun akan semakin berkurangan, inilah qada’. Katakanlah tali tersebut qadarnya hanya mampu menahan beban seberat 50 kg, itupun kurang dari 2 jam. Jika kita nekad menggunakan tali tersebut dengan beban melebihi kemampuan tali kemudiannya kita ditimpa kecelakaan tidak boleh kita salahkan Allah sebaliknya salah kita sendiri. Seharusnya gunalah akal dan selidik dulu keupayaan tali tadi. Jika tidak pasti akan keupayaannya, hindarilah daripada menggunakan tali yang sudah berusia tadi untuk mengangkat beban yang berat, sebaliknya dapatkan tali baru atau alternatifnya. Benarlah firman Allah, setiap musibah yang menimpa diri manusia atau alam ini adalah disebabkan tangan manusia itu sendiri sebagamana firmannya: “Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu)” (Asy Syuraa: 30), “Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar) (Surah al-Rum: 41) .

Sama juga apabila Allah telah menetapkan bahawa ini jalan baik, ini pula jalan buruk dan ini jalan celaka, ini pula jalan yang berkesudahan bahagia. Maka dipundak kitalah untuk memilih jalannya. Sebagaimana Allah berfirman, “Sesungguhnya kami telah menunjuki jalan yang lurus . dan ada yang bersyukur ada pula yang kafir” (al insan;3). Makanya Jika kita inginkan kebaikan dan kebahagian, maka beramallah dengan amalan kebaikan. Jika kita mengharapkan kebahagiaan tetapi kita beramal dengan amalan orang orang yang celaka, maka celakalah takdirnya kerana begitulah qada’ Allah (sunnatullah). Seumpama kita menduduki peperiksaan, kita telah ditetapkan sekiranya kita memberi jawapan dengan kadar sekian sekian, kita akan diberi markah sekian sekian pula. Kemudian kita memberikan jawapan dengan kadar yang melayakkan kita mendapat markah separuh sahaja, maka separuhlah markahnya. Maknanya setiap nasib (takdir) menimpa kita ada sebabnya yang bertitik tolak dari kita jualah. Segalanya telah ditetapkan sebagaimana tetapnya formula matematik.

Adapun beberapa kejadian Allah seolah olah menyalahi qada’ dan qadar di atas seperti peristiwa mengandungnya Mariam (ummu Isa a.s) tanpa lelaki, hanyalah perkara nadir (sangat jarang). Ianya dihadirkan dalam kehidupan manusia untuk membuktikan kekuasaan Allah dimana Dia maha kudrat melakukam apa sahaja yang dikehendakiNya sekalipun diluar jangkaan manusia, dan juga sebagai hujjah akan kebenaran pengkhabrannNya. Umumnya Allah tidak berbuat demikian, sebaliknya ditetapkan segala natijah sesuai dengan mukaddimah hambanya, setiap keberhasilan menurut formula yang dipakai hambanya.

Kalau sudah demikian perkaitan amalan seseorang dengan natijahnya, kenapa banyak sekali firman firman Allah yang pada umumnya membawa maksud bahawa apa yang dikehendaki Allah pasti terjadi, sekalipun kita tidak berkehendakkan ianya terjadi, dan apa yang tidak dikehendaki Allah tidak akan terjadi sekalipun kita berkehendakkan ianya terjadi? Ataupun membawa maksud ianya hanya terjadi dengnan izin Allah dan tanpa keizinan Allah tidak ianya terjadi? Bahkan, perbuatan dan perkataan kita pun pada asalnya ketentuan Allah, seolah olah seolah olah manusia pada hakikatnya tidak punya pilihan dan kuasa memilih? Sebagaimana antara firmannya; "Dan Tuhanmu menciptakan apa yang Dia kehendaki dan memilihnya’. Tidak ada hak memmilih bagi mereka...(Al Qashash: 68). Duhai diri,, ayat ayat sedemikian itu bukanlah menafikan hak manusia untuk memilih nasibnya sebaliknya ia perlu dilihat begini ; pertamanya, ianya suatu penegasan bahawa setiap yang terjadi adalah atas kehendakNya bukan kerana ketidakmampuaNnya untuk mentakdirkan kejadian lainnya. Maknanya, boleh saja Allah menjadikan setiap manusia ini beriman, tetapi Allah tidak mengkehendaki demikan. Boleh saja Allah tidak mewujudkan iblis tetapi Allah berkehendakkkan ianya wujud. Boleh saja Dia memberi hidayah kepada orang kafir, bertaubatnya orang orang fasik tetapi Dia tidak berkehendak begitu. Begitu juga dengan perbuatan hamba, boleh saja Allah bela hambanya yang dicintaiNya sesegera mungkin dan menghukum hambanya yang berdosa sesegera mungkin, tetapi Allah tidak berkehendakkan demikian ; Keduanya, ianya menunjukkan adanya campur tangan Allah dalam urusan hambanya lantaran kelemahan manusia itu sendiri yang cenderung melihat baik dan buruk berdasarkan persepsi dan prasangka; Ketiganya, perbuatan dan perkataan kita ini timbul karena adanya dua faktor, yaitu kehendak dan kemampuan. Apabila perbuatan manusia ini, timbul karena kehendak dan kemampuannya, maka perlu diketahui bahwa yang menciptakan kehendak dan kemampuan manusia adalah Allah jua ; Keempat, ialah menginsafi manusia supaya tidak menyombong diri jika diberi kelebihan kerana setiap kelebihan itu tidak lebih dari sebab keizinan Allah jua dimana bisa pula dia mengambilnya kembali pada bila bila masa yang dikehendakiNya; Yang kempatnya, sebagai jaminan kepada mukmin supaya tidak takut dan tidak gentar akan berlakunya musibah kepadanya dari musuh musuhnya kerana tidak akan menimpanya akan sesuatupun tanpa keizinan Allah. Justeru itu, perlu dilihat bahawa kehendak Allah tadi dan keizinanNya serta pilihanNya samada untuk memberi nikmat atau niqmat keatas hambanya bukanlah seperti kita bermain catur dengan sahabat kita, tetapi kehendak dan pilihanNya ada undang undangnya yang selari dengan hikmah Allah. Pastinya, undang undangNya tidak akan menzalimi hambanya yang tak berhak dizalimi dan tidak sesekali Allah akan persiakan usaha hambaNya. Bahkan Allah berjanji akan menolong hambaNya yang beriman dengan memalingkan mereka daripada melakukan perkara perkara yang ditegah . Sebagaiman sabda nabi maksudnya; “adapun ornag ornag yg tergolong di dalam golongan orang orang yang berbahagia , maka meraka akan dimudahkan dengan amalan amalan yang membawa kearah kebahagiaaaan” . Makanya jelaslah bahawa manusia tetap bertanggungjawab keatas perbuatannya. Bahkan dari amalan hamba itu sendirilah Allah menentukan ketentuanNya.

Saudara saudari semuslim, bila Allah telah menentukan sesuatu takdir apakah yang dapat kita perbuat? Menerima seadanya? Benar, bila Allah telah menentukan sesuatu, maka manusia tidak dapat memilih yang lain lagi dan harus mentaati dan menerima apa yang telah ditetapkan Allah. Tetapi menerima dan redha yang Allah maksudkan bukan menerima tanpa berusaha untuk memperbaiki mutu amalan dan kehidupan hari esoknya. Sebaliknya menerima bahawa apa yg telah berlaku telah berlaku dan biarkan ia berlalu tanpa merintih. Sesungguhnya apa jua yan kita lakukan tidak dapat mengembalikan masa lalu. Sebaliknya kita dituntut supaya mengambil pengajaran darinya untuk memperhalusi langkah hari esok agar hari esok lebih baik dari hari semalam. Usaha sebegini tidak boleh dikatakan melawan takdir allah tetapi kita berusaha lari dari takdir Allah kepada takdir allah jua sebagaimana albukhari meriwayatkan bahawa umar al-khatab waktu beliau keluar ke tanah syam, amir kawasan Syam melaporkan merebaknya penyakit yang berjangkit, lalu umar r.a bersepakatn dengan kaum muhajirin memilih tidak memasuki syam dan kembali ke Madinah, lalu berkata Abu Ubaidah “Apakah engkau lari dari takdir Allah?”. Umar menjawab “..Ya, kita lari dari takdir kepada takdir Allah jua. Apakah pendapat engkau, kalau engkau letakkan unta engkau di suatu wadi yang ada lembah, satunya subur dan satu lagi kering. Jika engkau tambatkannya di lembah yang subur tidakkah beerti engkau tambatnya dengan takdir Allah? dan jika engkau tambatkannya di lembah yang kering, tidakkah engkau tambatnya dengan takdir Allah jua?’’.

Baiklah, mengapa pula kerapkali kita berusaha sedaya upaya mendapat rahmat allah tetapi dikecewakan Allah? perlu difahami bahawa qada’ dan qadar Allah tidak terikat pada faktor material (zahir amalan) sahaja tetapi melibatkan faktor spiritual juga. Sesungguhnya membeli rahmat Allah tidak cukup dengan Amal dan doa, tetapi juga ikhlas niat dan jauh dari ujub dan riyak. Selain dari itu rahmat Allah juga tidak terikat dengan amalan hablu minallah semata mata tetapi hablu minna nnas (hubungannya dengan orng lain) dan alam seluruhnya. Bahkan Allah tidak hanya melihat apa yang kita perbuat tika ini tetapi juga dari masa lalu kita dan masa hadapan kita. Begitulah luasnya spektrum qadar Allah. Ianya tidak bersifat horizontal atau vertikal, tetapi ........... Pernah nabi Allah bersabda <..kalaulah bukan kerana bayi bayi yang menyusu, orang orang tua yang membungkak, dan haiwan ternak yang merumput, mungkin azab tuhan melimpah ruah kepada kamu!> ,<....> perlu juga difahami bahwa rahmat Allah itu sendiri tidak semestinya merupakan kesenangan, pangkat dan terpuji di mata orang ramai. Kalau demikian yang kita fahami lalu apa status para rasul, ummu mukminin dan sahabat sahabat mereka serta yang mengikuti jejak mereka selepasnya, di mana kehidupan mereka sentiasa diselubungi kesakitan, kepedihan dan kesedihan? Bukankah mereka orang orang disayangi Allah?. Sesungguhnya sebenar benar rahmat Allah apabila dikurniakan kita hati yang redha, qanaah dan takwa. Sementara anugerah berupa kesenangan, hiburan dan sukacita hanya dapat dirasai diakhirat sana bukan di dunia ini, kerana dunia ini bukan tempat pembalasan tetapi tempat ujian. Kenikmatan di dunia ini hanyalah fana. Justeru itu jangan bersedih hati menyangka kurniaan nikmat itu sebagai tanda kasihNya dan musibah itu sebagai tanda kemurkaanNya. Semua itu tidak lebih daripada ujian Allah apakah kita bersyukur atau redha (berlapang dada) . Apakah kita perhatikan (muhasabah dan ambil iktibar) atau kita dengan perasaan benci....... Sesungguhnya Allah tidak pernah mungkir untuk mengkabulkan permohonan atau persiakan usaha hambanya yang disayanginya cuma kadangkala ia datang bukan dalam bentuk yang kita harapkan atau dalam bentuk yang kita suka. Bila Allah tidak perkenankan sesuatu prcayalah bahawa ada kemudaratan didepannya. Ini keran Allah maha mengetahui apa yang dibelakang kita dan dihadapan kita. Kerana itu Allah befirman: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah maha mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” (al-Baqarah: 216).

Adapun takdir takdir manusia ini sudah ditulis ke atas kita sejak mula kejadian kita lagi sebagaimana di dalam hadith riwayat Ibn Mas`ud r.a dimana Rasulullah s.a.w bersabda :

“Sesungguhnya setiap dari kamu yang mula terbentuk jasadnya dalam perut ibunya selama 40 hari maka kemudian akan menjadi segumpal darah dan kemudian menjadi pula ketulan daging lalu Allah mengutuskan padanya malaikat untuk meniupkan pada jasad itu akan ruh dan menulis empat perkara : iaitu rezekinya, ajalnya, amalannya dan pengakhirannya apakah bahagia atau celaka dan demi zat yang tiada yang berhak disembah selain-Nya sesungguhnya sekiranya sekalipun ada di kalangan kamu beramal dengan amalan ahli syurga sehingga seolah-olah antara dia dan syurga itu cuma sejengkal namun apabila sudah tertulis bahawa dia di kalangan ahli neraka maka nescaya dia selepas itu akan beramal dengan amalan ahli neraka lalu masuk ke dalamnya dan tidaklah seorang itu melainkan beramal dengan amalan ahli neraka sehingga antara dirinya dengan neraka cuma sejengkal namun apabila sudah tertulis dirinya sebagai ahli syurga maka dia kemudiannya akan beramal dengan amalan ahli syurga lalu masuk ke dalamnya” (Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan Ahmad)

bukanlah penetapan mendahului perbuatan hambanNya, tetapi hanyalah kerana pengetahuan Allah mendahului kita. Allah sudah tahu segala kejadian kejadian akibat oleh amalan amalan manusia sebelum manusia itu melakukan perbuatannya. Ini kerana Allah itu tidak bermasa dan terhad kepada ruang. PengetahuanNya meliputi masa lalu, masa kini dan masa hadapan. BagiNya segala galanya sudah bermula dan sudah selesai. Seumpama kita dapat melihat mulanya, tengahnya, dan hujungnya sebatang pen. Kita pemabuk bukanlah kerana Allah yang tentukan kita sebagai pemabuk dari mula lagi tanpa sebab sebab tertentu, sebaliknya dari mula lagi Allah maklum kita memilih untuk jadi pemabuk lau pemabuklah takdir kita. Kalaulah pilihan itu tetapan Allah secara mutlak, untuk apa manusia diciptakan? Apa gunanya wahyu yang mengajak manusia berbuat sekian sekian dan meninggalkan sekian sekian? Dan apa pula ertinya sebuah penghisaban? Apa pula nilaian syurga dan nilaian neraka? Bukankah wujud percanggahan ? Tidak munasabah bukan? Seumpama seorang guru mengadakan ujian keatas pelajarnya untuk mengukur sejauh mana pelajar itu faham akan pelajarannya, tetapi guru itu telah menetapkan dia mesti pilih A dari pilihan A, B, C dan seterusnya walaupun pilihan itu ternyata natijahnya ialah salah. Lalu untuk apa ujian itu dilakukan? Dangkal bahkan sia sia bukan?. Ringkasnya, apa yang anda baca sekarang sudah berada di dalam pengetahuan Allah dan apa tindakan yang anda ambil setelah membaca artikel ini pun sudah Allah ketahui mendahului anda. Setiap tindakan kita tadi ada natijahya yang juga sudah diketahuiNya mendahului anda. Bagaimana pula dikatakan doa boleh merubah takdir? Ye memang begitu, tetapi bukan mengubah takdir yg telah tertulis tetapi satu proses mengubah takdir hari ini kepada takdir lainnya dihari esok dan perlu dimaklumi perbuatan berdoa dan perubahan takdir A kepada takdir B dari doa tadi juga telahpun berlaku dan selesai disisi Allah.

Justeru itu, yakinlah bahawa Allah itu adil dan bijaksana pula dalam urusan takdir manusia. Allah tidak akan persiakan usaha hambanya.Usahlah kita berdebat dengan Allah hanya kerana pada sangkaan kita amalan atau usaha yang kita lakukan wajar mendapat sekian sekian sementara dia tidak wajar mendapat sekian sekian pula. Sesungguhnya Allah lebih bijak di dalam congakannya. Penglihatan Allah dan pengetahuannya tidak bermasa, beruang dan bersempadan sedangkan mata kita jika dihijabi dengan dinding, akal kita sudah tentu tidak dapat meneka apa disebaliknya oleh kerana terhadnya kemampuan akal kita. Demikian itu, serahkan saja soal kira mengira itu kepada yang layak iaitu Allah S.W.T. Barangkali apa yang kita nikmati selama ini tidakpun layak sebenarnya untuk kita. Maka, fahamilah sunattullah (qada’ dan qadar Allah) da jangan sesekali melawan arus, sebaliknya ikut saja resepi kejayaan yang Allah gariskan, nescaya akan berhasil. Sekiranya gagal jangan salahkan resepi Allah, sebaliknya muhasabahlah mencari dimana kesilapan diri. Barangkali kesilapan itu pada acuannya, atau pada ramuannya, mungkin juga pada suhunya atau pada tekniknya, boleh jadi juga sebab masanya belum tiba, mungkin juga apa yag kita harapkan diluar keupayaan kita. Contohnya kalau Ingin kaya , carilah jalan masuk rezeki yang baik, usah mengeluh sudah kerja keras tapi tak kaya kaya sebaliknya selidiki kerja apa? Dengan siapa? Di mana? Bagaimana?. Kalau kerja keras siang malam, tapi hanya sebagai penarik beca, wajar saja kalau tidak kaya, karena memang pintunya kecil. Carilah tempat lain, atau pekerjaan lain. Itupun perlu melihat keupayaan diri, Jangan pula memgharapkan menjadi perdana menteri kalau kita jahil tentang siasah. Jika mahu jugak perlulah terlebih dahulu belajar selok belok siasah kerana Sesungguhnya Allah telah befirman;“Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri” (al-Ra`d: 11). Disamping itu, jangan kita lupa memohon pimpinan dari Allah,khuatir nanti syaitan pula tampil sebagai penasihat. Kemudian apabila kita berazam dengan sesuatu azam maka bertawakkallah dengan sebenar benar tawakkal. Setelah itu redhalah apa jua ketetapanNya, kerana mungkin itulah yang selayaknya untuk kita, sesuai dengan kehendak dan kondisi kita disamping tidak berputus asa dengan rahmatNya. Teruskan menyusun langkah mengatur strategi memperbaiki kehidupan ubudiah dan duniawiyyah tanpa memandang ke belakang melainkan untuk mengambil ibrah.Sesuai dengan pesanan Rasulullah “Bersemangatlah dalam hal yang bermanfaat bagimu. Dan minta tolonglah pada Allah dan janganlah malas. Apabila kamu tertimpa sesuatu, janganlah kamu berkata: ‘Seandainya aku berbuat demikian, tentu tidak akan begini atau begitu’, tetapi katakanlah: ‘Qadara Allah wa ma sha’a fa`al (Ini telah ditakdirkan oleh Allah dan Allah berbuat apa yang dikehendaki-Nya) karena ucapan’seandainya’ akan membuka (pintu) setan.” (Diriwayatkan oleh Muslim, Ibn Majah, al-Baihaqi dan al-Nasa’i )

Allah a'lam.

wrote by ummu nu'man @ khulwana











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
;