30 May, 2016

Yang mula dan yang kemudian

      Dalam usaha menyusun perjalananku kembali kepada Allah , aku terlebih dahulu berusaha mengenali Tuhankku melalui Asma'u Hu Al- Husna dengan mengulang pandang kejadian dan fenomena isi bumi dan langit kerana di sanalah aku difahamkan bermulanya agama ( Awaluddin Ma'rifatullah). Telah nyata sesudah itu bagiku Anta Al- Rahman ya Rabbi. Sebagaiamana RasulMu pernah ucapkan bahwa Tidak terucap pujian kepadaMu sebagaimana Engkau memuji diriMu sendiri, demikianlah tiada kata-kata yg dapat ku ungkapkan untuk mewakili rasa syukurku.  Sungguh nikmat mengenalimu Tuhan. Betapa aku telah salah sangka terhadap sunnahNya. Semoga Dia mengampuniku

      Kemudian aku berpindah kepada Rukun islam, masyallah memandang Rukun Islam dengan kaca mata yg telah mengenaliNya ternyata berbeza berbanding saat aku meneliti Rukun itu sedang ketika itu aku tidak mengenaliNya. Benarlah awaluddin itu ma'rifatullah. Awal agama itu ialah mengenali Allah. Alhamdulillah atas kesudianNya menyingkapkan rahsia untukku.

      Syahadah , solat , puasa, zakat , haji merupakan rukun Islam. Tetapi sebagai seorang Muslim tidakkah didapati amalan seorang Islam lebih banyak sebenarnya dari lima perkara itu?

      Alhamdulillah terjawab sudah bilamana Allah izinkan daku mengerti kalimah ''rukun'' itu sendiri. Bilamana yang lima itu  adalah " rukun " maka ianya hanyalah umpama  frame kepada sebuah rumah bukan rumah itu sendiri.  Jikalah hendak membina sebuah rumah hakikatnya tidak cukup hanya framenya. Namun frame itu sangat penting . Dan solat itu ialah tiang serinya. puasa itu ibarat paku paku dan zakat itu ibarat dinding dan ruang udara , sementara qadar itu ibarat 'plan rumah, qada' itu pula hasil pembinaan.  Dan tidaklah mantap sebuah rumah itu kalau tapak asas rumahnya tidak mantap. Asas yang tidak mantap , semakin tinggi binaan itu didirikan semakin cepat ia collapse



          Apabila rukun- rukun telah ditegakkan haanya sesudah itu Allah perintahkan menghiasinya : jubin, lampu chandilier, ukiran, cat dan kemasan yang dikenali sebagai 'ihsan' dalam agama.  Dan termasuk org yg muhsinun itu ialah muslim mu'min yang bertaqwa.

           Memang aneh bilamana seseoarng muslim itu berusaha menghiasi rumahnya dengan lampu chandilier , dan kemasan mewah kemudian mendakwanya sebagai taqwa' apabila rumahnya hanyalah
bertiangkan tiang yang hampir roboh, dindingnya di makan anai2 tidak berpaku, asas rumahnya pula tenggelam di makan tanah,ukuran- ukurannya dari satu tiang ke satu tiang tidak juga seimbang.

          Demikian itu berkali- kali ku ingat pada diri , dan ku cuba sampaikan pada rakan seperjuangan bahawa menegakkan agama dalam diri dan masyarakat itu  perlu ada sistem, perlu berencana sepertinya ingin menanam sepohon pokok atau membina sebuah rumah, hendaklah bermula dengan apa yang patut dimulai, mendahulukan apa yang patut didahulukan dan mengemudiankan apa yang patut dikemudiankan. Bukan main terjah bahkan lebih merugikan bila belajar disitu sikit kemudian lompat belajar ini pula  , sikit sana sikit sini, Tidak hadam satu persatu.
maka tidak pelik berlaku kecelaruan dan kesamaran.

        Sungguh nabi Saw diutus pertama-tamanya ialah menegakkan tauhid untuk 23 tahun barulah syariat- syariat yg lain menyusul , itupun bukan secara serentak. Maka demikianlah seharusnya cara muslim itu berpijak dan melangkah . sebagaimana kata yusuf Qardawi dalam tulisannya '' adalah satu kezaliman mendahulukan sesuatu yang patut dikemudiankan dan mengemudiankan sesuatu yang patut didahulukan .ibnu khaldun pernah menegur institusi pendidikan dimana gurunya suka berpindah tajuk pelajaran sebelum pelajaran yang terdahulu difahami dimana merupakan satu kelemahan.

      Seoang guru itu boleh jadi murabbi (pendidik), mu'az (pemberi ingat bg yg lupa), dan ada pula dikenali sebagai qushass . setiap satunya berbeza pendekatan. Demikian halnya dengan buku. maka pilihlah perbahasan, kelas, guru, dan buku sesuai dengan kualiti rumah masing- masing yang dikenali melalui jalan muhasabah.



0 people ''rote'':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
;