setiap pasangan
yang berkahwin, sudah menjadi fitrah,
selepas beberapa waktu berhajat kepada kehadiran cahaya mata yang sihat,
pintar, bahagia lagi membahagiakan buat pelengkap dan penyeri rumahtangga.
Tetapi untuk mendapatkan anak anak yang menyejukkan mata itu tidakkan tampak
hanya dengan sekadar mengimpikan. Untuk merealisasikannya perlukan satu anjakan
paradigma yang perlu dikuti dengan tindakan yang tegas lagi berkesan. Kiranya
tidak , jadilah kita bapa yang naïf yang melahirkan anak- anak yang berkonflik.
Justeru menjadi
ibu bapa perlukan persediaan sebagaimana persediaan seorang calon pekerja kerana keibupaan juga merupakan
satu karier bahkan ianya adalah karier ynag paling susah dan mencabar di dunia.
Bekerja langsung dengan Allah. Keupayaan
dan kecekapan kita dalam mencapai matlamat ( anak yang sihat, pintar cergas,
bahagi lagi membahagiakan) bergantung kepada persediaan, pengetahuan dan
kemahiran kita.
Untuk menjadi ibu
bapa yang cemerlang kepada bakal anak kita. Ada beberapa perkara yang perlu
difikir dan dipertimbangakan. Antaranya:
1.
Apakah makna menjadi ibu bapa buat anda?
Ramai yang terlupa bahawa anak itu amanah
dari Allah sebagaimana sabda nabi;
“Setiap
anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci yakni Muslim). Kedua-dua orang tuanyalah yang menjadikan dia
Yahudi, Nasrani atau Majusi.” -(HR Bukhari) 
Makna menjadi ibu bapa bukan setakat
memberi makan minum, pakai, perlidungan, tempat tinggal dan kasih sayang tetapi
juga ibu bapa itu adalah pembina peribadinya kearah berakhlak,
bertanggungjawab, berdikari and
penyayang serta memiliki jati diri (jiwa yang sihat) . Dan pendidikan di atas
tidak boleh hanya memusatkan anak pada berkhidmat untuk menyenangi ibu bapanya
atau kehidupan ‘duni’a masa depan anak anaknya, tetapi juga untuk menjadikan
mereka hamba dan khalifah Allah yang baik lagi berkebolehan. Pendidikan ini perlu dibangunkan cebis demi
cebis dari asanya yang kosong hingga sempurnanya potret seorang hamba. Jika bakal ibu bapa tidak menyedari hakikat
ini , tiadalah cita- cita ke arahnya .Jika tiada cita cita kearahnya, persedian
juga akan menjadi tiada. Lalu bagaimana agaknya corak islam pada kain putih ini nanti. Jangan ingat
kita layak mendapat trofi kalau anak sekadar solat, puasa , zakat , haji dan menutup aurat. Jadi, tidak dapat tidak , ibu
bapa perlu benar benar faham apakah sebenar- benarnya itu islam agar mereka berada pada sirotol
mustaqim( jalan syurga). Bukanlah tiada posibiliti anak orang soleh pun
jadi jahat, ingkar kepada Allah, tetapi sekurang-kurangnya, bila itu terjadi,
tiadalah kita ini dipersalahkan di akhirat sana. Kita telah berusaha!
2.
apakah Ruang lingkup kerja sebagai seorang ibu?
K
etahuilah, Untuk menjadi ibu bapa yang cemerlang , ruang lingkup kerja ibubapa
tidak terbatas. Tugas utama ibu bapa ialah menjadi guru bahkan kitalah guru
pertamanya. Medium pertama pembelajaran
mereka ialah pada pandangannya. Mereka belajar
dari apa yg mereka lihat jauh lebih dari apa yang disuruh. Daripada
dirinya yang ‘kosong’ itu, automatik terisi dengan apa yang dilihatnya semenjak
bayi hingga dia boleh bergerak dan membuat pertimbangan akalnya sendiri.
Kemudian barulah diikuti dengan ‘reasoning’ agar kebiasaannya menjadi makna. Peroses
pertama ini lah yang membentuk personality anak anak. Personality ini akan kekal. Inilah yang
dimaksudkan hadis sebelum ini ; ‘’dua orang tuanyalah yang menjadikan dia
Yahudi, Nasrani atau Majusi.”
Bayangkan Tahun
demi tahun anak melihat kepincangan parktis kita terhadap islam, tahun demi
tahun anak melihat kita menghiasi akhlak dengan bunga bunga mazmumah
(mengumpat, berkata kotor, dengki dsbnya), apakah hasilnya?. Dan Jangan kita pelik, bila asuhan, suruhan, dan
tegahan bagaikan mencurah di daun keladi kerana bagi anak, perkataan yang tidak sedondong dengan amalan
gurunya (ibubapa) tiada makna apa apapun
bagi mereka. Mereka terus berjalan di satu jalan yang mereka sangka betul . Apabila
mereka sudah berjalan terlalu jauh, berpatah balik dan mulakan
yang baru bukanlah mudah, sebagaimana payahnya kita mengembali para ubada’ dari
amalan bidahnya biarpun diasak dengan dalil –dalil yang kuat. Seumpama membuang
karat karat pada besi, ia perlukan satu unsur dan tenaga yang lebih kuat daripada karat
tersebut. Dan jangan sangka dengan menghantar ke sekolah agama cukup sebagai
penawar. Maka tidak dapat tidak, kita mesti jadi soleh untuk dapatkan anak anak
yang soleh.
Selain berfungsi sebagai guru, kita juga
perlu bersedia untuk menjadi kaunselor atau therapist, penawar, consultant.
Bukan mudah bagi anak-anak hatta org tua untuk menegakkan kakinya pada perinsip
islam kala berdepan dunia luar yang penuh percanggahan. Anak - anak mudah keliru dan goyah apabila berdepan
dengan masalah ‘acceptance and rejection’ , kejayaan dan kegagalan, kesedihan
dan keseronokkan. Kegagalan ibu bapa untuk memperlihatkan keyakinannya ,
kecintaannya, penghargaannya, keseronkkannya dan ketahanannya terhadap
amalan soleh, anak anak akan berpaling dari didikan pertamanya. Justeru tidak
dapat tidak, ibu bapa itu sendiri kena faham , yakin pada setiap amalan yang
ditanam kepada anak– anaknya. Tidak
boleh dengan taklid ( ikut buta tuli). Ibu bapa perlu jatikan hatinya dalam
berakidah.
Kekadang ibu perlu menjadi hakim bilamana
anak menyimpang dan memberikan hukuman jika perlu. Malangnya hari ini , ibu bapa kehilangan
taringnya. Maka anak – anak menjdi tuan dan medurhaka sebelum pendurhakaan
berlaku. Sungguh ibubapa terlupa bahawa anak anak itu bukan milik kita, ia milik Allah dan dikembalikan kepada Allah. Dia
hanyalah amanah bukan pemberian mutlaq. Jika
ibubapa melihat ianya adalah amanah maka ibu bapa tidak seharusnya ada
berkepentingan.
Selain itu ibubapa juga perlu bersedia
untuk jadi jadi hero, security guard,
nutritionist dan hundreds others dalam peroses mendewasakan anak- anak .
Pengabaian pada satu aspek pasti akan memberi kesan sedikit atau banyak pada
kesejahteraan fizikal dan emosi anak
anak. Betapa besarnya tanggungjawab dan banyakknya peranan ibu. Sudah bersediakah anda?
3.
Tahukah anda cabaran- cabaran karier anda ?
Anak kecil cenderung untuk
bersikap pelik, mempunyai kehendak yang sangat tekad, suka
mendesak, degil dan mudah marah serta mengamuk. Mereka juga makhluk yang
sangat kreatif dalam mencipta perangai perangai baru yang menjengkilkan .justeru sukar untuk diduga lalu kawalan
menjadi sukar. Jangan terkejut kiranya suatu hari, dia enggan makan biskut yang
hanya terdapat sedikit rekahan atau
berdegil untuk memakai baju sejuk di hari yang sangat panas dan membenci setiap
yang bewarna kuning. Dan semua ini terjadi tidak terikat dengan masa-masa
tertentu .Ia boleh berlaku tiba tiba samada di saat anda sibuk atau mahu cepat ataupun dalam majlis. Urusan harian pula tidak mudah diuruskan
dengan lancar dan tenang . Kerana kerenah anak –anak, urusan sering tergendala.
Mereka sering memaksa kita membuat beberapa kerja dalam satu masa dengan bunyi
bingit dan bersepah sana sini teutama sekali bagi ibu yang memiliki lebih dari
satu anak. Semua ini menambahkan kepayahan tugas ibu dan boleh buatka kita
hampir ‘gila’. Pada tika itu, jangan sangka kita semudahnya boleh menutp pintu,
mendiamkan diri di sebuah bilik, berehat dan bertenang mengembalikan tenaga
fizikal dan emosi apatah lagi untuk menekan
butang pada mereka supaya berhenti dan ikut arahan kita kerana mereka tidak dimanualkan begitu. Justeru menjadi ibu
bapa bererti perlu bersedia bekerja ‘under pressure’ dan belajar menyesuaikan
diri dengannya. Tanpa ‘expectation ini’ anda mungkin berundur.
4.
Bilakah office hour anda sepatutnya bermula dan berakhir?
‘office hour” seorang ibu ialah 24 jam
sehari, 7 hari seminggu dan 306 hari setahun tanpa rehat tanpa cuti sehingga anak
anak dewasa. Itupun terkadang anda perlu menjadi pemerhati dan masuk campur jka perlu. Dengan ‘office hour’
yang begini adalah mustahil untuk kita berlakon
solehah di depan anak anak . Mahu tidak mahu kita perlu memperoses diri
menjadi solehah. Perlu peroseskan diri menjadi ‘energetic’, penyabar,
bermotivasi dan keras semangat.
5.
Perlukah ilmu yang tinggi untuk
bekerja sebagai ibu bapa?
Saya pernah diaju soalan , ‘’mengapa perlu belajar tinggi-
tinggi kalau hanya untuk menjdi surirumah’?.
Apa pandangan anda? Sudah pasti ilmu itu sangat perlu. Ilmu adalah asas segala
amalan dalam islam. Cukup sayang sekali
bila ummah hari ini melihat ilmu itu hanyalah untuk cari makan semata mata dan
melihat tugas keibubapaan adalah mudah, sedangkan tugas ibu bapa itu tugas yang
besar. Ia soal pengkaderan manusia; ianya soal syurga atau neraka.
Membentuk
peribadi dan pemikiran muslim dalam diri anak anak perlu melalui pendidikan
islamiyah yang hanya boleh dicapai dengan ilmu. Dan cabaran cabaran yang menempel ibu
bapa hanya dapat dikuasai dengan kemahiran kemahiran dari
perahan ilmu jua. Ilmu juga membantu ibu tidak terperangkap dengan perasangka
yang tidak tepat dan mitos mitos
keibubapaan yang menjalar dalam masyarkat
Sebagaimana sabda nabi,
Maksudnya
: “(Wahai Muhammad bacalah) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian
mahkluk), Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku, bacalah dan Tuhanmu
yang Maha pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Dia
mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya”.
Sesungguhnya tanpa
persediaan ilmu tiadalah hikmah, tanpa
hikmah, kita kan gagal dalam
melaksanakan amanah Allah dan menghadapi
cabaran mendewasakan anak anak. Walaupun ibu bapa dan anak anak dapat teruskan
hidup tanpanya tetapi manakan sama anak anak yang dibesarkan oleh ibubapa yang
berilmu
قل
هل يستوي الذين يعلمون والذين لا يعلمون. انما يتذكر أولولوا الألبب
Maksudnya;
“Katakanlah adakah sama orang-orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu?
Sesungguhnya mereka yang mendapat peringatan dan petunjuk hanyalah di kalangan
hambanya yang berilmu dan bijaksana"
Bukan itu saja, peroses mencari ilmu
mestilah berterusan bahkan ilmu yang sedia ada perlu sentiasa di ‘update’
. sesungguhnya ada perkara-perkara yang
releven’ pada masa lalu tidak semesti relevan pada masa lainnya. Umpama
mendedahkan anak pada mentari untuk mngelakkan kuning tidak lagi relevan pada hari
ini. Pendedahan pada mentari hari ini, akan merosakkan kulit bayi justeru ultra
ungunya yang melampau.
6.
Berapakh modal yang anda laburkan dalam karier ini?
Islam tidak
mengetepikan kepentingan ekonomi dalam membangun keluarga terutamanya di zaman ini, saat
pendidikan tidak lagi ‘free’, makanan tidak lagi ditanam sendiri dan bertambah-
tambahnya skop nafkah.
Ditetapkan tanggungjawab
ekonomi ini ke atas lelaki dan harus
sekiranya isteri mahu meringankannya.Firman Allah s.w.t;
Ertinya:” hendaklah orang yang mampu
memberi nafkah menurut kemampuannya. Dan orang yang disempitkan rezkinya
hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak
memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekadar apa yang Allah berikan
kepadanya”.(al-Talaq:7)
Makanya sekira anda bercita
cita untu hidup beranak pinak, anda perlu mempunyai sumber pendapatan .
Selidikilah pasangan anda akan pekerjaan dan tabiat pekerjaannya. Apakah dia
mempunyai pekerjaan? Apakah dia seorang yang ringan tulang? Bagaimana corak dia
berbelanja?. Ingatlah! Mendewaskan anak bukanlah murah. Bunga bunganya sudah
mula diperlihat disaat kehamilan lagi dimana anda perlu membeli pakaian hamil,
penjagaan prenatal dan kelahiran.
Setelah kelahirannya and perlu persiapkan bayi anda keperluan keperluannya
pula. Kemudian anda perlu maintain pula ‘ongoing cost’ pada tiap tiap bulan
termasuklah perubatan, pendidikan, kenaikan,
pusat jagaan dan sebagainya. Anda juga perlu membuat sedikit simpanan
untuk hal hal kecemasan dan pelaburan
masa depan. Beban ini berganda bila anak berganda.
Adapaun, bilaman anda reda
dengan situasi pasangan anda, maka bermesyuarat dan merancanglah ekonomi anda;
perbelanjaan, allocating money, apakah memerlukan pendapatan tambahan? .
Begitulah. Maka merancanglah! Sesungguhnya orang yang merancang itu tidak akan meminta
minta walaupun dia miskin. Sementara
orang yang tidak mengatur ekonominya
dengan baik boleh jadi miskin walaupun
kaya.
7.
Apakh anda bersedia bekerja dalam kumpulan (teamwork)?
Perkara pertama apabila bekerja dalam kumpulan ialah pembahagian
kerja yang jelas. Pada sisi Allah,
lelaki dan wanita mempunyai peranan yang sama dalam mengatur kehidupan di muka bumi ini. Cuma
dilebihkan lelaki satu darjat sahaja iaitu penanggung nafkah sesuai dengan
kelebihan fizikal yang allah takdirkan pada lelaki.
وَلَهُنَّ مِثْلُ
الَّذِي عَلَيْهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ وَلِلرِّجَالِ عَلَيْهِنَّ دَرَجَة
Mafhumnya: “Dan
untuk para wanita itu hak yang sama (perlu diterimanya) dengan apa yang wajib
ke atasnya menurut cara yang makruf. akan tetapi Para suami, mempunyai satu
darjat kelebihan daripada isterinya.” (al-Baqarah: 228)
Oleh kerana Alah telah lebihkan satu beban ke atas lelaki berbanding
wanita, lalu allah angkat lelaki satu
keistimewaan (hak) berbanding wanita iaitu kepimpinan(القوامة)
ke atas wanita seagai tanda keadilan Nya. Seagaimana firman Allah
الرِّجَالُ
قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ
وَبِمَا أَنْفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ
Maksudnya: “Kaum lelaki adalah pemimpin bagi wanita, kerana Allah telah
melebihkan orang lelaki atas wanita, dan juga kerana orang lelaki telah
membelanjakan dari harta mereka.” (al-Nisa’: 34)
Justeru perlu difahami kelebihan ini bukanlah sifat memihak. Ia tanda
keadilan. Adil untuk lelaki, adil untuk wanita kerana wanita seandainya
dibebani taklifan ini keatasnya nescaya dia akan merasa berat kerana
‘hardware’nya tidak dapat support. Dan pula
kelebihna berupa pemimpin yang Allah
maksudkan di atas bukanlah bermakna lelaki berhak manipulasikan wanita sesuka
hatinya, bahkan Allah telah mengingatkan
kaum adam bahawa wanita itu perlu diperlakukan dengan sebaik- baiknya sebagaimana
ternukil dalam surah annisak; 19
وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ
Mafhumnya: “Dan
bergaullah dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang makruf.” (al-Nisak: 19).
Sementara urusan
selain dari urusan nafkah merupakan tanggungjwab bersama (ayah dan ibu). Ibu dan ayah perlu tolong menlong dan saling
melengkapi.
Allah SWT berfirman: وَالْمُؤْمِنُونَ
وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ
وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ
Mafhumnya: “dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan,
sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. mereka
menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar,.. “ (al-Taubah:
71)
memahami kedudukan wanita dan lelaki dalam islam, adalah salah yang besar
apabila masyarakat menganggap tanggungjawab suami mencari nafkah semata- mata dan
urusan rumahtangga yang lainnya termasuk mengurus anak-anak adalah tugas
isteri.
“Dan tidaklah patut bagi lelaki beriman dan tidak (pula) bagi perempuan
beriman, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada
bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka” [TMQ al-Ahzab (33):36]
Justeru anda
perlu bersedia dan terbuka untuk bekerja secara berkumpulan dengan pasangan
anda. Binalah konsep ringan sama dijinjing dan berat sama dipikul terutama bila
isteri turut turun padang mencari nafkah bagi meringankan beban suami.
8.
Apakah penting membina
persefahaman antara anda da ‘partner’ anda?
Ya, persefahaman
amatlah penting bagi memastikan sampan anda sampai ke destinasi. Jika tidak ia umpama seorang mendayung ke arah
barat , seorang lagi berdayung ke arah timur. Persis apakah jadinya?
Contohnya, ibu
dan bapa hendaklah memiliki persefahaman dalam corak pendidikan, dan
bentuk- bentuk ganjaran serta hukuman,
jika tidak anak anak akan keliru dan pendidikan menjadi tidak berkesan.
Al-Quran telah
mengisyaratkan perkara ini (permesyuaratan )ketika membicarakan persoalan
memisahkan susuan anak, firman Allah Ta’ala:
فَإِنْ أَرَادَا فِصَالاً عَنْ تَرَاضٍ مِنْهُمَا
وَتَشَاوُرٍ فَلا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا
Mafhumnya:
“apabila keduanya (suami dan isteri) ingin memutuskan susuan (sebelum dua
tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan/perbincangan, Maka tidak
ada dosa atas keduanya.” (al-Baqarah: 233)
Jika suami dan isteri tidak mendapat kata
sepakat, maka suami adalah individu yang lebih berhak ditaati selagi
keputusannya tidak menyalahi syarak.
Itulah antara –antara isu yang wajar difikirkan ibu
bapa sebelum memutuskan untuk memiliki anak . Hakikatnya masih banyak lagi yang
perlu ibu bapa pertimbangkan. Sesungguhnya,
tanpa diri bersedia, keseronokan menimang cahaya mata akan menjadi tidak
seronok lagi. Dan orang yang alpa, lalai, leka dalam hal semacam ini, tidak akan mampu memikul tanggungjawab ibu
bapa. Jadilah dia ibu bapa yang biasa, yang hanya pandai mengemudikan bahtera
tetapi tidak tahu destinasi. Lalu Mampukah bertemu tuhan dalam keadaan bersedia
kerana hidup hanya berlayar tetapi tidak berlabuh.
Dan
semestinya, persediaan ke arah ini bukanlah sehari dua.
Anda perlu bertatih dari sekarang. Jangan tunggu sampai semuanya di
depan mata kerana saat itu, anda umpama mencari teduh setelah kena hujan.
Dan persediaan bukanlah bermakana mesti ‘perfect’ tapi sekurang kurangya
membuat kita bersedia. Sesungguhnya
kesempurnaan akan datang sedikit demi sedikit kemudiannya. Justeru
janganlah kita lalui peroses persiapan ini hingga terlanjur usia kerana hamil
di usia yang lewat adalah berisiko. Seandainya waktu terlalu singkat buat anda
menyediakan diri kerana lewat menyedari
hakikat ini, maka anda perlu bersedia secara intensif sekadar mampu.