29 November, 2012 0 people ''rote''

Pengaruh Buruk TV terhadap Perkembangan Anak-anak


‎mengapa rumah kami tidak ada TV

kalau anda bertamu di rumah kami, anda takkan nampak TV. Bukan tak mampu beli TV tetapi TV bukan item prioriti dalam list to buy kami, suami isteri. Lagi pula kami selesa tanpanya sampai- sampai ayah dengan ihsannya berikan kami TV secondhandnya.. huhu...

maka bermulalah satu peperangan antara umi dengan TV merebut fikrah anak- anak sampai saat anak- anak pandai onkan Tv sendiri, sementara kita tak setiap masa berkesempatan nak duduk bersama mereka untuk jadi 'filter' buat mereka, makanya umi pun kuburkan TV kat dalam store. selamat tinggal TV. tak tahu bilalah pulak rumah nak bertamu dengan tv. kena tengok waqi' anak- anaklah. maaf ye Tv . ini antara sebab sebab mengapa engkau tidak diperlukan bahkan kami lebih bahagia tanpamu;

menurut satu kajian di Universiti Chicago yang dilaporkan dalam Journal of Comparative Neorology, tiga ta
hun pertama kehidupan kanak- kanak merupakan waktu pelbagai bahagian otak menjalani proses pendawaian synaps. pendawaian synaps hanya berlaku bila mana ada stimulus (rangsanagn). jika sesorang anak itu banyak terdedah dengan stimulus bahasa maka pendawaian bahagian bahasa lebih banyak bersambung menjadikan dia genius berbahasa. Bayangkan jika otak anak anda banyak terdedah dengan watak- watak pembunuh, perogol, pencuri, remaja yang tidak bermoral apakah yang jadi kepada perwatakannya? apakah bunyi- bunyi dan imej dari TV membantu prekembangannya?

berikut antara keburukan- keburukan TV;

1. tidak bagus untuk perkembangan karekter anak

menonton TV umpama anda membenarkan sesiapa sahaja termasuk perogol, pembunuh, pencuri, orang gila, orang yang tidak bermoral, orang yang tidak dikenali masuk ke rumah anda. Dan membiarkannya menonton TV tanpa kawalan umpama membiarkan anak- anak anda bermain di jalanan setiap hari baik siang mahupun malam dengan sesiapa sahaja samada orang baik dan orang jahat, orang berakhlak dan orang yang tidak berakhlak; satu 'biah' yang tidak membantu perkembangan karekter sihat.

2. minda anak- anak menjadi pasif, kurang berfikir dan kurang kreatif

antara elemen berfikir yang penting ialah ekstrapolasi apa yg telah diketahui dan memikirkan bagaimana untuk menyesuaikannya dalam situasi baru. interaksi sosial memerlukan kemahiran ini tetapi tidak TV. TV yang memamparkan imej yang bertukar setiap lima atau 6 saat menyebabkan syndrom kejutan perminit kepada otak -mencetuskan 'confusion', menyekat daya berfikir kreatif ( kate moody, Growing up on televisyen)

3. menyekat kecerdasan fizikal, menyubur ketidakseimbangan emosi.

menghabiskan masa menonton Tv menyebabkan tubuh kurang aktif lantaran anak kurang terlibat dengan aktiviti fizikal . anak- anak pasif tanpa aktiviti lebih mudah meragam dan memberontak lantaran badannya tidak melepaskan tenaga semula jadinya yang penuh bersemangat dimana Allah ciptakan sebagai alat memacu perkembangan anak- anak kecil.

3. melemahkan akal dan melambatkan peroses bertutur

TV mendedahkan anak anda kepada bunyi bising dan visual yang sarat dan laju, boleh melemahkan akal dan melambatkan proses bertutur , kerana sifat akal anak yang begitu muda ini mudah terbeban dengan stimulus yang overload samada dari bunyi atau visual. biarpun anak- anak dapat mengenal benda baru melalui menonton Tv tetapi ianya bukan penyebab utama kepada kecekapan pertuturannya dan pemahamannya terhadap sesuatu konsep, sebaliknya kebolehan bertutur dan keluasan enciklopedia anak- anak datang dari interaksi langsungnya dengan orang dewasa, persekitaran dan bacaan.

4. Melemahkan tumpuan dan menggangu kerehatan otak anak.

rentak- rentak program dan bentuk- bentuk bunyi dari TV, menyebabkan anak sukar untuk berehat atau tidurnya menjadi terganggu lantaran memorinya yang sering memaparkan imej- imej tontonannya yang bercelaru , seterusnya boleh menyebabkan penyakit Hiperactive, kurang daya tumpuan serta tingkah laku yang impulsif.( dr Mathew Dumons).

5. merosakkan otak anak

Menurut W. Ross Adey dan yang lain, penemuan- penemuan awal terhadap kesan kesan biologi kecil seperti getaran hipnotik bintik- bintik warna ke atats garis yang bergetar yang memenuhi gambar skrin TV boleh merosakkan saraf saraf otak. Dalam kes- kes yang serius, ia boleh mencetuskan sawan ke atas kanak- kanak. Kerlipan- kerlipan dari Tv tidak kita sedari tetapi badan kita memberi gerak balas kepadanya.

6. ''habit forming''

Rangsangan bunyi dan imej dari Tv menghiburkan anak- anak biarpun otaknya sedang menderita tanpa mereka sedari. Rasa terhibur meyebabkan 'habit forming'. anak - anak yang terbiasa dengan TV, sukar untuk menutup TV di akhir rancangan bahkan cenderung untuk terus menonton. Attachment anak- anak yang kuat terhadap Tv menyekat perkembangan disiplin ( tatacara hidup sihat). Anak- anak yang lebih banyak menghabiskan waktunya menonton TV kurang berpeluang merasai keseronokkan dan menghargai aktiviti yang lebih sihat .


6. mencacatkan hubungan sesama dan melemahkan kemahiran sosial anak (satu aspek dari aspek2 intelligent)

TV, memencilkan penonton dari anggota keluarganya apatah lagi dari masyarakatnya. masa anak- anak banyak dihabiskan berinteraksi dengan TV berbanding berinteraksi dengan orang- orang sekitarnya. sekiranya ada interaksi pun , ruang lingkup interaksi sangat terhad dan sempit.

Allah a'lam, tetapi begitulah menurut pembacaan dan pengalaman.
bagaimanapun untuk menghilangkan pengaruh TV secara total adalah sangat mustahil, tetapi kita khususnya ibu- ibu boleh memainkan peranan tertentu untuk elak anak- anak dari jatuh cinta kepadanya dan kurangkan pengaruh buruknya, bahkan ibu- ibu berupaya memindahkan aura negatif TV kepada positif melalui tindakan- tindakan kreatif.

:) jom kita kreatifkan diri kita berhadapan dengan kuasa TV!

maaf saya hanya copy and paste dari
status fb saya dan dari official page saya : muslim parent's guide
panjag sangat nak tulis balik huhuhu..

14 November, 2012 0 people ''rote''

7 peribadi mukmin dalam surah al- mu'minun

1. mereka yang khusuk dalam solatnya (ayat;2)
2. meninggalkan perkara- perkara lagha dan tidak berguna (ayat;3)
3. mengeluarkan zakat (ayat;4)
4. menjaga kehormatan diri ( menjauhi zina) (Ayat;5-6)
5. memelihara amanah ( ayat;8)
6. menepati janji (ayat;8)

6. memelihara solatnya (ayat;9)

mereka ini disebut Allah sebagai orang yang telah berjaya (ayat ;1) mempusakai  surga firdaus, (ayat;11)

7. menolak kejahatan dengan cara yang baik. (ayat;96)yakni maafkan perbuatan atau perkataan buruk yang dilemparkan kepada kita dan  balaslah dengan perbuatan dan perkataan yang  baik . beginilah sifat penyiar penyiar agama, mudah- mudahan melaluinya lembut hatinya dan terpikat pula dengan kebenaran islam.
08 August, 2012 0 people ''rote''

tips didik anak suka membaca


DIDIK ANAK SUKA MEMBACA?

anak- anak kami tak boleh berenggang dengan story book, pensil dan kertas. apa sahaja ocassion 3 benda tesebut akan ikut bersama mereka sehinggakan ada yang bertanya; ''seronoklah tengok budak- budak ni,macamana wana didik mereka sukakan tabiat ni, sedangkan akak dah macam- macam cuba tp depa buat dak minat je bila tengok buku ?". subhanallah, pujian hanya kepada Allah kerana anak- anak saya suka membaca adalah kerana tuntunan dan keizinanNya bukan kerana kehebatan kami, kalau Allah tidak pimpin tangan kami dalam mendidik mereka dan tidak izinkan usaha kami, nescaya tabiat ini tak mampu jua kami realisasikan) ..''akak suka baca buku?''.tanya saya. ''eh suka, tapi takda masa lah wana kerja ni''. jawabnya.''

anak- anak ummu di kedai buku
''tindakan pertama nak bagi anak- anak suka memabaca mestilah ibu dan ayahnya suka membaca dan tunjukkan sikap ini di hadapan anak-anak,kerana anak- anak pada usia mumayyiz melihat ibu dan ayahnya sebagai icon utama hidupnya. buruk dan baik, suka dan tak suka pada ibu dan ayah, begitulah pada anak- anak. setelah ada teladan barulah usahakan yang lainnya..insyaAllah anak anak akan jatuh cinta dalam dunia buku sekalipun buku itu tidak bergambar, tidak bekartun''.
05 August, 2012 0 people ''rote''

Jemputan dari Allah








"Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah dari Allah. Allah kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah. Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa-apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah, kemudian tidurlah. Kalau kita sedar, kemudian kita terus sambung tidur tanpa ucapkan apa-apa (contoh beristighfar, bertahmid dan sebagainya), kemudian malam kedua dan malam ketiga pun begitu juga, kita bimbang (kalau) malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita."

Ana pernah tulis note  di atas ini dalam facebook notes ana. ana refreshkan balik peringatan ini untuk menyuntik diri dan pembaca budiman semangat untuk qiam di sepanjang ramdhan ini.

apapun selamat berqiam wahai diri dan visitor yang disayangi
jemput singgahlah lagi ye:)

0 people ''rote''

Pentingnya kita duduk dalam teamwork dan support group ( jamaah dan usrah)




Facebooking, twitter dan pelbagai laman social  tumbuh bagaikan cendawan kerana sambutannya yang luar biasa. Pelbagai support group kini sedia ada dihujung jari.  Semua ini bukanlah perkara baru bahkan ia hanyalah revolusi medium komunikasi. Sambutan kepada teknologi komuikasi ini dan tumbuhnya pelbagai support group adalah refleksi kepada fitrah manusia yang pelukan jamaah yakni hidup berkomunit sebagai medium saling memberi dan menerima dokongan emosi dan praktikal serta perkongsian maklumat dan kemahiran ..saling melengkapi  demi menguatkan langkah menyusuri suka duka hidup.

fitrah ini turut dikongsi semua manusia di mana orang putih sebut  ‘’’need of teamwork’’.  Teamwork diakui secara universal akan memeberikan extra energy dan resources menyebabkan kelemahan seseorang individu bisa ditutp dan meningkatkan potensi dirinya  mencapai hasrat kehidupan, bahkan “teamwork” dilihat syarat penting dalam mencapai victory dalam sesuatu matlamat.

Islam adalah agama fitrah sudah tentunya turut meraikan fitrah insani  ini bahkan berjemaah bukan sekadar saranan tetapi suatu kewajipan pula.

Firman Allah dalam surah al saff  ayat 4; “ sesungguuhnya Allah mengasihi mereka yang berjuang  di jalan-Nya dalam satu barisan yang tersusun rapi, seolah- olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh’’

Dan dalam sebuah hadis riwayat imam Ahmad ; “ sesungguhnya syaitan itu serigala kepada manusia seperti serigala kepada kambing yang menangkap mana- mana kambing yang jauh dan terpencil. Maka janganlah kamu memencilkan diri dan hendaklah berjamaah, mencampuri orang ramai dan menghadiri masjid’’

Tirmizi, nasaie dan ibnu hibban turut meriwayatkan akan hadis nabi bermaksud; barangsiapa yang memisahkan dirinya dari jamaah walau sejengkal, sesungguhnya ia telah menanggalkan islam dari lehernya, sekalipun ia solat,  berpuasa dan menyangka  dia muslim’’


tiga  ayat diatas sudah cukup untuk menggambarkan islam sendiri melihat pentingnya hidup berjamaah dan tahu benar bahwa manusia itu akan lemah bila bersendirian.  Dan Allah telah menggambarkan satu ciri penting berjamaah iaitu tanzim (teamwork).

Sayangya, fitrah teamwork ( berjemaah) yang dipelopori islam pada lebih 1400 tahun yang lalu  ketika orang tidak kenal lagi erti pengurusan, kini menjadi fitrah  orang orang kafir dalam usaha menghancurkan islam dan menguatkan tapak kaki mereka di muka bumi ini, sedang ummat islam kini memandang fitrah berjemaah ini dengan pandangan yang sepi dan dagang.  Tidak hairanlah individu muslim sangat lemah dan tampaklah islam itu lemah. Barangkali inilah sebabnya  Allah berfirman bahawa ''barangsiapa yang memmishakn dirinya dari jamaah walau sejengkal, sesungguhnya ia menanggalkan islam dari lehernya…''dalam hadis diriwyatkan tirmizi, nasaie dan ibnu hibban sebelum ini.

Jomlah sahabat muslimku, kita hidupkan semula  kehidupan berjemaah dan berusrah ( support group)

Kebuntuhan kepada jamaah dan support group begitu ketara dalam zaman kita ini yang  sentiasa   berlumba dengan masa untuk memenuhi keperluan fisiology dan psychology  yang kian kompleks. Tekanan dan bebanan amat terasa, maka carilah support group anda agar kehidupan yang serba sesak ini tidak melalaikan kita akan perjuangan hidup utama kita iaitu  menyempurnakan diri sebagai hamba Allah

Jamaah dalam islam tidak semestinya wajib ada label islam. Mana- mana jamaah yang bertanzim yakni bermanhaj, yang berharakah bersumberkan quran dan sunnah adalah jamaah islam. adakala jamaah yang gah dengan nama islamnya tetapi tiada roh islam dalam perlakasanaannya.  Justeru jangan pandang pada nama, pandanglah pada manhaj dan sifat  amalan  beragamanya.  

Support group  seperti mom support group dan seumpamanya, adalah merupakan ''usrah''  pelengkap jamaah. mana- mana support group (usrah)  sekiranya destinasi hati dan amali ahlinya adalah untuk mencari redha Allah maka ianya di bawah maksud jamaah islam.

Allahu a'lam

salam lambaian buat antum 

ummu nu'man
18 July, 2012 0 people ''rote''

Akal dan Wahyu harus bersama demi Akidah seterang mentari

                              MANUSIA TANPA AKAL umpama mata tanpa penglihatan.



                                                                                     NIKMAT AKAL

Sebesar- besar nikmat yang dikurniakan Allah ialah a'kal. dengan a'kal manusia menjadi makhluk berfikir dari mana ia datang (asal)?, untuk apa dia diciptakan ( fungsi)?, kemana dia akan pergi ( selepas melepasi satu tahap ke satu tahap)?.  Dengan akal manusia takjub siapakah yang menciptakan alam ini dimana burung bisa terbang diudara, kapal bisa berlayar dilautan, terpisahnya air masin dari sungai dan air dari lautan, tegaknya langit tidak bertiang, bertukar malam dan siang bersilih ganti, perhiasan alam yang kaya dengan bentuk, warna dan bau??

 AKAL TANPA WAHYU------------------------------------------------------------------------------------------------

Justeru Allah mewahyukan kalamNya menjawab segala bentuk pertanyaan manusia (akidah) . Allah arahkan akal melihat tanda -tanda di seklilingnya bagi dijadikan hujah buat akal, kerana akal akan menolak sesuatu diluar logik. Allah menerangkan segala bentuk amalan yang wajar agar hubungan dengan penciptanya, alamnya dan saudaranya dapat kekal harmoni (ibadah, akhlak dan muamalat). Allah bisikkan pada jiwa- jiwa ini akan tarhib ( rewards) dan targhib ( punishment) agar tetap pada kepercayaan dan amalan yang satu.

A'kal tanpa wahyu , manusia akan membina kepercayaan dengan khayalan. khayalan hanya membawa manusia mereka- reka tuhannya dan lahirlah tuhan yang berbilang- bilang dan bermacam- macam di mana mereka sendiri menaruh syak dengan kemampuan tuhannya? dengan khayalan mereka mencipatakan sikap  kehambaan (penyembahan) yang sedikitpun tidak mampu meraih rahmat bahkan menyempitkan dada menyukarkan lagi liku liku kehidupan. seterusnya mati dalam kejahilan sedangkan disebalik kematian masih ada alam yang mereka tidak mengerti dan gelaplah akan nasibnya disana.

bagaimana dengan akidah kita ? khayalan atau realiti? apakah kita yakin akidah kita benar, akidah mereka salah? apa hujah kita? jika tiada jawapan, akidah kita masih tumpul perlu diasah.


  WAHYU TANPA RASUL----------------------------------------------------------------------------------------------

Rasul diutuskan Allah untuk mengajar manusia liku- liku dari wahyu Allah. Bersamanya hujjah kerasulan agar manusia meyakini kepimpinannya. Sekalipun Rasul telah kembali ke pangkuan Rabbnya tetapi mereka meninggalkan pewaris.

dengan tidak mengangkat rasul dan pewarisnya sebagai pimpinan , manusia akan mengangkat pemimpin yang juga samar- samar fkirannya sama seperti mereka. pastinya  pemimpin ini tidak akan bawa mereka ke mana- mana, maka tetaplah hati mereka dengan persoalan dan keraguan yang tak terjawab. jika tersalah angkat pemimpin, pemimpin itu pula cenderung mengambil kesempatan  ke atas pengikutnya yang dahagakan pimpinan.




kita  juga dahagakan pimpinan, kita juga mahu dipimpin. namun siapakah yang memimpin kita hari ini? pewaris nabikah mereka atau pewaris musuh nabi? bagaimana ingin mengukur?

      

 WAHYU DAN RASUL (syariat)  TANPA AKAL----------------------------------------------------------------

wahyu itu umpama matahari dan akal itu umpama mata. kiranya mata itu celik dan tidak ada cacat pula, nescaya dia dapat melihat matahari ( terjemahan perkataan ibu ibnu taimiah dari buku belitan iblis).

 andainya mata( akal) dibutakan, maka dia tidak dapat melihat luasnya sang suria (syariat) memancarkan sinarnya hingga ternampaklah segala perhiasan, sebaliknya suria  (syariat) yang cahayanya seluas alam tampak sempit dan menyempitkan. maka hilanglah keindahan suria (syariat)  pada orang yang melihat melalui pandangannnya.

bagaimana kita melihat syariat kita? apakah syariat ini meninggalkan dunia dan memartabatkan sufi?  apakah hanya mazhab syafii , ibadah menjadi sah? apakah kewarakan itu dilihat pada jubah dan kopiah? apakah ulamak itu hanya bagi mereka yang berada di pejabat- pejabat agama? apakah mereka yang bekerja di bank bukan ulamak? apakah ustaz itu hanya yang mengajar fekah, akidah dan akhlak? apakah tidak dinamakan ustaz jika dia mengajar bagaimana untuk menjaga tanahair? bukan dinamakan usataz bila dia mengajar sociology? apakah ulamak yang terlibat dalam  perniagaan yang besar dikira ulamak dunia? mereka yang berjemaah yang padanya tiada nama islam bukan jamaah islam? apakah islam itu menggalakkan poligami? apakah islam itu melihat institusi masjid hanya tempat solat dan menyampaikan kitab? apakah islam mengharamkan kita bergaul dengan orang kafir? haramkah memegang anjing dan memeliharanya?

jika jawapan anda kebanyakannya ya? mungkin anda memandang syariat melalui pandangan orang yang meningglkan akalnya ( tanpa mata) atau pandangan orang yang mengenali agamanya secara serpihan (mata yang cacat).


 MENURUT KEPERCAYAAN TANPA WAHYU, RASUL DAN AKAL----------------------------------


apabila taqlid kepada pemimpin yang mendakwa dirinya bersyariat tanpa memeluk wahyu didada, tanpa menyingkap tabir sunnah, tanpa membawa akal bersama , nescaya  wahyu semakin malap dari hidupnya, akidah semakin samar, lalu akal bermaharajalela. bila akal berkuasa, iblis pun datang memperindahkan akal,  jadilah akidah mereka bersimpang siur, sesat lagi menyesatkan.

bagi mereka yang memeluk wahyu seterang mentari dengan cahaya suluhan Rasul akan tetap dalam akidah yang benar dengan siapapun mereka ditemukan, dengan lambaian apapun, dengan ketakjuban apapun, dengan ancaman apapun kerana syaitan hanya memperdayakan mereka di dalam kegelapan kejahilan. 


apakah iman dan ibadah kita berhujjahkan wahyu dan sunnah atau taqlid kepada kata- kata mursyid (guru/ustaz) tanpa akal menyemak?


 jom kita bedah iman kita , dan rawatlah penyakitnya agar akidah yang digendong bisa seterang mentari bukannya samar- samar sesamar bayang- bayang , agar bila hati dminta fatwa mudahlah baginya tanpa keraguan

.
13 July, 2012 0 people ''rote''

bila anak yatim bertanya ''di manakah ayahku?''

bila anak yatim bertanya " di manakah ayahku?"


jawablah " anakku, Nabi Muhammad juga sejak kecil kehilangan ayahnya sejak dia masih dalam kandungan ibunya. ketika umur nabi berumur  enam tahun, ibunya pula meninggal dunia. jadilah beliau yatim piatu dibawah peliharaan datuknya. ketika berumur lapan tahun, datuknya juga turut meninggal lalu beliau dipelihara pula oleh bapa saudaranya. ketika di bawah peliharaan bapa saudaranya nabi muhammad yang masih kecil memelihara kambing dan berniaga bagi meringankan beban bapa saudaranya. tetapi nasibmu jauh lebih baik dari Muhmmad kerana engkau tidak perlu bersusah payah  bekerja dan masih ada ibu yang menyayangimu. maka bersabarlah dan bersyukur. sesungguhnya sifat sabar dan sifat syukur rasul, Allah telah melantiknya menjadi nabi dan rasul''

mudah-mudahan sejuk hatinya.
0 people ''rote''

Melarik Mimpi Mengukir Realiti

sambungan post yang lalu..

bismillahirrahmanirrahim

anak- anakku,

besar harapan ibu dan ayah untuk melihat kalian membesar di bawah bayangan al quran, melihat kalian bertatih menyelusuri hidupmu dengan menyunnahi Rasulullah.


ibu percaya impian ini dikongsi pembaca di luar sana. betul tak duhai tetamuku?

ibu tidak pasti akan jalan- jalan mereka lalui dalam usaha merealisasikan impian besar ini. ibu mengharapkan perkongsian, ibu mengharapkan sokongan agar langkah yang di atur nantinya adalah langkah yang kemas

apa yang ibu nampak dari jalan- jalan menghasilkan buah adalah dari akarnya, maka berazamlah ibu

1. mahu dekatkan hati kalian dengan Alquran dan hadis agar kalian mendapat intipati islam darinya dan       menjadikannya al- deen yakni cara hidup kalian

2. ibu mahu kalian membudayakan sikap sukakan ilmu kerana mengerti asas ibadah itu adalah faham bukan taqlid , jua kerana memahami tamadun dan kepimpinan itu hanya melalui ilmu. kita, muslim dijanjikan Allah sebagai bangsa bertamadun dan merupakan ulil amri tetapi kita menjadi bangsa tercorok kerana kita telah mengabaikan ilmu ; salah satu tunjang kekuatan muslim. Kita mudah keliru kerana memiliki kefahaman islam yang samar menjadikan kita manusia seumpama lembu dicucuk hidungnya.

3. ibu mahu anak- anak ibu belajar memperhalusi akalnya, agar tidak terjerumus dalam golongan syadid (melampau lampau) menyempitkan syariat atau golongan yang meluaskan syariat seluas luasnya tetapi tetaplah dalam golongan washotiah.

4. ibu impikan anak- anak ibu seperti empat imam besar ( Ahmad bin Hambal, Muhamad bin Idris, Nukman bin Tsabit dan Malik bin Annas) yang bebas dan tidak terikat dengan sesiapa dan tidak pula berasa terhutang budi kepada sesiapa (pemimpin). mereka berfikir, berperibadi, bertindak mengikut apa yang mereka faham dan yakini dari intipati quran dan hadis bukan kerana 'social pressure' atau 'public acception.'


5.. ibu impikan kalian bukan hanya seorang a'bid tetapi seorang a'lim yang bermanfaat yakni seorang muslim lagi mukmin yang bermanfaat untuk agama dan saudaranya. justeru ibu tidak mahu anak- anak ibu  meninggalkan dunianya dan mengejar agamanya semata , tidak pula melebihkan dunianya dari agamanya lagipula demikian itu perintah agamamu agar menyeimbangi dunia dan akhirat. justeru ibu impikan anak- anak ibu bukan sahaja fakih dalam agamanya (fardu ain) tetapi juga fakih dengan kemahiran- kemahiran kifayahnya.

4. ibu inginkan anak- anak ibu bukan sahaja sihat fizikalnya tetapi juga spiritualnya. justeru ibu akan berusaha menyuapi kalian dengan makanan yang baik lagi halal. ibu akan teguhkan keimananmu sebagai makanan jiwamu kerana hanya keimanan yang kental sesorang itu bisa memiliki jati diri yang kental; berani kerana benar, tidak malu melainkan pada tempatnya, tidak mudah lemah dan tenggelam dikala teruji dan seumpamanya dari sifat sifat positif.

demikianlah cita cita ibu dan ayah terhadap kalian hinggakan ayahmu menyarankan ibu supaya tidak bekerja dan menumpukan perhatian sepenuhnya pada anak- anak dan hal ehwal berkaitan dengan kalian. sememangnya berada disamping kalian sepanjang masa merupakan cita- cita ibu. 

bila ibu dapati usia lima tahun pertama merupakan tempoh terbaik untuk menyuburkan potensi kanak- kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan ke alam pengajian, mengapa tidak ibu ambil kesempatan ini dalam mempersiapkan dirimu. 

semua aspek- aspek pendidikan dalam islam akan ibu sentuh seawal usia pra sekolahmu. aspek-aspek pendidikan tersebut adalah;

1. pendidikan keimanan  ( akidah)
2. pendidikan akhlak (moral)
3. pendidikan jasmani ( fizikal)
4. pendidikan (intelektual)
5. pendidikan rohani  ( Psychology)
6. pendidikan sosial
7. pendikan seksual

insyaAllah ibu akan cuba kongsikan praktiknya nanti
01 July, 2012 0 people ''rote''

Usia Emas kanak- kanak



Pejam celik pejam celik,  anak sulungku sudah pun berusia lima tahun. Sudah hampir melewati usia emasnya

Usia emas yang ibu maksudkan di sini ialah your precious early five years darling!.

Kajian telah menunjukkan bahawa Allah telah membekalkan anak anak kecil ,sel-sel yang bersedia untuk belajar dan berfungsi.   Sel- sel ini duduk bersendirian, tidak menyentuh antara satu sama lain pada mulanya sehingga ia dirangsang melaui penglihatan, pendengaran, sentuhan dan rasa. Rangsangan  ini akan mencetuskan proses ‘wiring’  menyambung sel sel kepada sel sel yang lain  yang dipanggil synapse. setiap kali sel sel bersambung proses belajar dan berkembang pun  bermula.  Semakin banyak rangsangan yang akal terima semakin banyak synaps berlaku . semakin banyak synaps berlaku,  keupayaan akal untuk belajar dan memahami persekitarannya pun semakin meningkat. peroses ini berlaku sejak dirimu di alam Rahim lagi  dan akan  berterusan sepanjang hayatmu.

Bagaimanapun manusia itu belajar paling cepat pada usia lima tahun pertamanya. Disaat –saat ‘brain’ sibuk dan aktif menyempurnakan senibinanya dan memaksimakan keupayaan dirinya.  Pada saat ini Allah menjadikannya ia  iaitu akal makhluk yang sangat sensitive dan daya ingin tahu yang kuat, serta kebolehan meniru yang hebat. Pada saat ini Allah mengizinkan akal mampu menyerap maklumat seumpama 'sponge' ,tiada apapun yang boleh menghalangnya. Allah mengizinkan dia bijak mengaitkan ‘couse and effect’ yang berlaku di sekitarnya.. menjadikan dia makhluk yang mahir dalam bahasa.  Dia mampu memahami bahasa nativenya dengan cepat sehingga dia  mampu bertutur hanya dalam masa dua tahun dan pula mampu menguasai dua tiga bahasa dalam satu masa. kami orang dewasa, setelah belajar secara formal  bertahun tahun pun belum tentu dapat menguasai satu bahasa asing. itu hanyalah gambaran kecil akan keistimewaan akalmu di usia emas ( lima tahun pertama). akal muda ini masih ada beribu- ribu potensi yang menanti untuk disuburkan. 

Keupayaan akal akan kurang efektif apabila usia semakin meningkat. Selepas lima tahun, peroses kematangan pula yang akan mengambil tempat. Seandainya zaman kecilmu tidak banyak pendedahan dan rangsangan, nescaya kamu akan menjadi orang dewasa yang singkat kematangannya, yang terhad kebolehannya..berbanding dengan anak anak yang kaya pengalaman, kaya pendedahan. Begitulah menurut kajian.

Namun perlu diperhatikan juga, pendedahan apakah yang telah ibu beri kepada jiwa yang satahun jagung ini.. kerana kajian juga menemukan bahawa pembelajaran atau pengalaman masa kecil seseorang memberi impact secara langsung kepada perkembangan emosinya, intelektualnya, dan socialnya. Perkembanagn ini pula akan mempengaruhi kesihatannya, kebahagiaannya, intelektualnya dan sosialnya dengan family, rakan- rakan dan komunitinya serta seluruh kehidupannya di masa depannya.  Ini tidak pelik apabila rangsangan disekitar menjadi asas kepada pembinaan dan perkembangan akal seseorang. Sekiranya dia merasakan dia tidak berkemahiran,  dia sentiasa ketinggalan, dia sering dipinggirkan, direndah-rendahkan maka tidak hairan dia menjadi manusia yang rendah diri, manusia yang tidak bahagia.  Sekiranya sejak kecil lagi dia tidak pernah mendengar perkataan ‘no'; apa yang diingini semuanya dapat, maka dia tidak akan belajar erti ‘frustration’ dan cenderung mebunuh diri pada hayatnya akan datang kiranya didatangi kekecewaan. apabila dia diajar menyelesaikan masalah dengan kekerasan begitulah cara dia meyelesaikan masalahnya di masa depannya. 

justeru educationist mencadangkan lima tahun pertama anak-anak merupakan waktu yang terbaik untuk menyuburkan potensi kanak- kanak dalam semua aspek perkembangan , membantu anak- anak menguasai kemahiran asas alam persekolahan, memupuk sikap -sikap dan pemikiran positif dalam diri anak anak. sekiranya lima tahu pertama ini diperhatikan , insyaAllah tahun- tahun seterusnya menjadi mudah; banyak waktu dan tenaga dapat dijimatkan.

Tiada sebab untuk ibu tidak percaya akan research ini anakku. Bahkan penemuan ini mengukuhkan lagi keyakinan ibu terhadap Allah dan kebenaran kalamnya. Penemuan ini bukan asing buat ibu  kerana quran dan hadis juga telah mementingkan  pendidikan sejak dari usia muda. bahkan pendikan dalam islam bermula dari mencari tempat yang baik untuk menanam benihmu.  . ya! Al quran tidak menceritakan secara detail mengapa pendidikan perlu seawal itu, tetapi quran selalu menganjurka kita supaya tadabbur, fikir, kaji dan belajar.. sesungguhya engkau akan dapati kebenaran alquran. jadi dapatan dari kajian ini, walaupun ia tidak boleh dijadikan alasan mutlak ke atas syariat yang ditentukan Allah, tetapi sekurangnya buat akal kita bertemu logicnya..memudahkan lagi ketaatan iaitu mendidik anak sejak dari usia dini. detail dari kajian ini juga tidak mungkin meberikan gambaran yang complete akan hakikat ciptaan Allah (akal dan pengaruh usia) , tetapi sekurang- kurangya ia memberi jalan ikhtiar buat ibu dalam usaha ibu mendewasakan mu sebagai anak soleh dan khalifah berkebolehan.

Terima kasih kepada chelong  (kakak ipar) yang telah meminjamkan sebuah buku ''how to multiple your baby inteligent’  ketika ibu baru beberapa minggu mengandungkan mu. Ia membuka pintu praktikal ibu dalam melangkah kaki mendidikmu selepas ibu khatamkan buku 'pendidikan anak- anak  dalam islam' karangan Abdullah Nasih Ulwan. 

apabila Abdullah Nasih Ulwan membicarakan soal 'pendidikan melalui kelaziman' pada anak anak kecil yang belum mengerti, ibu telah sempitkan saranan itu pada pembinaan karekter ( peribadi) semata2 , tetapi setelah buku 'how to multiple your baby inteligent'  ibu tela'ah,  pemahaman ibu terhadap proses melazimkan anak- anak diluaskan kepada pembinaan budaya, intelektual, emosi dan sosial anak.

kini lima tahun berlalu, sejauh  manakah ibu telah manfaatkan pengetahuan tersebut dalam merencanakan masa depanmu? sejauhmanakah pencapaian ibu mempersiapkan dirimu menjadi hamba yang cemerlang lagi dicintai Allah? untuk mengukur sebuah pencapaian terlebih dahulu ibu kena lihat balik apa yang ibu plan utuk capai dalam  usia emasmu ini. malangnya ibu tidak dapat melakukan itu pada hari ini kerana ada urusan ibu perlu siapkan terlebih dahulu. insyallah ibu akan ' list down' kan perencanaan ibu buatmu dan sejauh mana telah ibu usahakan .. insyaAllah dalam next post ya!
26 June, 2012 0 people ''rote''

pancake

jom sarapan dengan pancake!

resepinya at      http://resepiummunukman.blogspot.com/2012/06/pancake.html 
                         
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
;